Pejabat Kesihatan Kepong Pejabat Kesihatan Kepong

PENGENALAN

Pejabat Kesihatan Kepong mula beroperasi pada Mac 2012 di bangunan sekarang yang asalnya adalah klinik kesihatan jinjang.ia juga berkongsi bangunan dengan klinik methadone dan juga stor farmasi. Selain itu pejabat kesihatan kepong juga mempunyai bangunan di metroprima yang menempatkan unit-unit inspektorat.

Nama dan alamat Pejabat kesihatan:

Pejabat Kesihatan Kepong
Jalan Jinjang Permai
52000 Jinjang Utara
Kuala Lumpur


Tel: 03-6257 0352            Fax: 03-6257 0782

Pegawai Kesihatan (Pentadbir):
Dr. Fuad Bin Hashim

Bagi memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada populasi penduduk di parlimen kepong, parlimen batu dan juga parlimen segambut, sebanyak 3 klinik kesihatan, 4 klinik kesihatan ibu & anak serta 5 klinik 1Malaysia beroperasi di bawah Pejabat Kesihatan Kepong

1: Klinik Kesihatan
1)    Klinik Kesihatan Jinjang
2)    Klinik Kesihatan Batu
3)    Klinik Kesihatan Sentul

2: Klinik Kesihatan Ibu & Anak
1)    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Metroprima
2)    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Segambut
3)    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Taman Tun Dr Ismail
4)    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Koperasi Polis Fasa 2

3:Klinik 1Malaysia
1)    Klinik 1Malaysia Suria Magna
2)    Klinik 1Malaysia Intan Baiduri
3)    Klinik 1Malaysia Segambut
4)    Klinik 1Malaysia Batu Muda
5)    Klinik 1Malaysia Taman Tun Dr Ismail

VISI
Penduduk kawasan operasi Pejabat Kesihatan Kepong akan menikmati perkhidmatan dan kemudahan penjagaan kesihatan

MISI

Bekerjasama ke arah perkongsian bijak bagi membentuk masyarakat sihat melalui:

  • Promosi kesihatan untuk kesedaran hidup sihat
  • Pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit
  • Perkhidmatan kesihatan keluarga dan lawatan susulan ke rumah selepas bersalin
  • Perkhidmatan kesihatan sekolah dikawasan operasi
  • Perkhidmatan program komuniti kemasyarakatan
  • Perkhidmatan program warga emas
  • Perkhidmatan anti merokok
  • Program methadone bertujuan meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup orang yang bergantung kepada dadah/heroin

OBJEKTIF
Pejabat Kesihatan Kepong bertanggungjawab di dalam aspek perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktiviti untuk memastikan perkhidmatan kesihatan promotif, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi dapat diberikan kepada masyarakat agar mencapai tahap kesihatan yang optima sepanjang hayat.

FUNGSI
Pejabat ini memainkan peranan merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti kesihatan awam yang komprehensif termasuk aspek promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan penyakit dan masalah kesihatan, penguatkuasaan undang-undang kesihatan serta rehabilitasi kepada pesakit, pelanggan dan penduduk Kepong dan kawasan sekitarnya.

Tarikh Kemaskini : 28 Julai 2015

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times