Pejabat Kesihatan Cheras
Direktori Pejabat Kesihatan Cheras
PENGENALAN
Pejabat Kesihatan Cheras mula beroperasi pada tahun 2012 di bangunan baru yang terletak di Jalan Yaakob Latif, Cheras. Ia ditadbir oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Noriah bt. Hajib.
Pejabat Kesihatan Cheras
Aras 3, Bangunan Klinik Kesihatan Cheras
Jalan Yaacob Latiff
56000 Bandar Tun Razak
Cheras Kuala Lumpur
Tel: 03-91320020 Fax: 03-91329242
Datin Dr. Noriah Binti Hajib
Pegawai Kesihatan Daerah
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Terdapat 5 unit utama di Pejabat Kesihatan Cheras iaitu pengurusan, klinik kesihatan, kesihatan awam, farmasi serta keselamatan dan kualiti makanan.
Bagi memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada populasi penduduk di parlimen Cheras dan parlimen Bandar Tun Razak, sebanyak 5 Klinik Kesihatan, 2 Klinik Kesihatan Ibu & Anak serta 5 Klinik Komuniti beroperasi di bawah Pejabat Kesihatan Cheras
Klinik Kesihatan
1) Klinik Kesihatan Cheras
2) Klinik Kesihatan Cheras Baru
3) Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak
4) Klinik Kesihatan Sungai Besi
5) Klinik Kesihatan Salak Selatan
Klinik Kesihatan Ibu & Anak
1) Klinik Kesihatan Ibu & Anak Cheras Makmur
2) Klinik Kesihatan Ibu & Anak Bandar Tun Razak
Klinik 1Malaysia
1) Klinik Komuniti Alam Damai
2) Klinik Komuniti Desa Tun Razak
3) Klinik Komuniti Raya Permai
4) Klinik Komuniti Seri Malaysia
5) Klinik Komuniti Pinggiran Bukit Jalil
VISI
Pejabat Kesihatan Cheras mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik
MISI
Untuk membolehkan dan memudahkan penduduk Cheras:
- Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- Mengutamakan pelanggan
- Saksama
- Tidak membebankan
- Cekap
- Wajar mengikut teknologi
- Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- Inovatif
Dengan menekankan
- Sifat penyayang, profesionalisme dan bekerja berpasukan
- Sifat menghormati maruah insan
- Penglibatan masyarakat
Tarikh Kemaskini: 12 Februari 2020
Promosi untuk mengekalkan kesihatan dan latihan kesihatan
- Peringkat komuniti
- Penglibatan komuniti
- Kerjasama dalam pelbagai agensi
Melidungi kesihatan melalui langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang khusus
- Peringkat komuniti dan individu
- Pengesanan awal terhadap faktor risiko dan penyakit
- Langkah-langkah dan pencegahan yang khusus
- Kawalan wabak
Memudahkan dan menyokong penyembuhan dan pemulihan serta fungsi-fungsinya
- Peringkat individu dan keluarga
- Diagnosis dan rawatan awal
- Pencegahan komplikasi
- Klinik asas pemulihan
Tarikh Kemaskini : 12 Februari 2020
- Aktiviti Menanam Sayur di Sek Keb Tun Hussein Onn
- Aktiviti Pasaraya Sihat
- Aktiviti Pemusnahan Nyamuk
- Aktiviti Penyediaan Makanan Germ Buster
- Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Negeri
- Aktiviti Pendidikan Asas Hiv/ Aids
- Pameran Denggi Dan Saringan Kesihatan
- Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Negeri
- Pameran Dan Saringan Kesihatan Kesedaran Kanser
- Pameran Dan Saringan Kesihatan Tibi Untuk Warga Emas