Piagam Pelanggan Piagam Pelanggan

 

BIL

PERKARA

 

1

Pelanggan akan mula menerima perkhidmatan di Klinik Kesihatan/ Farmasi dalam masa 30 minit selepas pendaftaran atau kad diimbas.:

i)           Klinik Kesihatan

ii)          Farmasi

iii)        > 75% Pesakit Luar di Klinik Pergigian Mendapat Rawatan Dalam Masa 30 minit

 

2

Di Jabatan Kecemasan, pelanggan akan dikategorikan mengikut keutamaan kes kepada

berikut :

i. Zon Merah : Pesakit akan dirawat serta‐merta.

ii. Zon Kuning : Pesakit akan diperiksa dalam masa 15 minit.

 

3

Sijil Kesihatan dikeluarkan setelah dokumen dan maklumat lengkap diperolehi daripada

Syarikat yang memohon dalam masa :

3 hari bekerja (sekiranya produk mempunyai sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan).

21 hari bekerja (sekiranya produk tiada sijil HACCP).

 

4

Sijil Jualan Bebas dikeluarkan kepada Syarikat yang memohon dalam masa 24 jam setelah dokumen dan maklumat lengkap diperolehi.

 

5

Selepas menerima permohonan baru yang lengkap daripada pelanggan ;

i. Lawatan ke premis pemohon bagi tujuan lesen hospital dan klinik akan dilakukan dalam

masa 14 hari bekerja.

ii. Pengeluaran lesen / permit baru ( racun jenis A, B, E, Permit Naoh dan Permit Psikotropik)

yang dikeluarkan dibawah Akta Racun 1952 dalam tempoh 10 hari bekerja.

 

6

Kawalan pencegahan wabak dalam tempoh 24 jam dari tarikh notifikasi yang diterima bagi semua penyakit berjangkit.

 

7

Siasatan kes kematian akibat penyakit berjangkit adalah dalam tempoh 24 jam dari tarikh notifikasi diterima.

 

8

Pengurusan aduan pelanggan direkod dan dimaklumkan penerimaannya dalam tempoh 3 hari bekerja dan dijawab kepada pengadu tentang tindakan yang telah dibuat dalam tempoh masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

 

9

Pengurusan pembayaran Bil dan Tuntutan dijelaskan dalam tempoh masa 14 hari daripada tarikh pengesahan kelulusan pembayaran.

 

 

 

 

 

 

 
Detect language » English
 
 
Detect language » English
 
has-been-access-x-times
has-been-access-x-times