Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
has-been-access-x-times

Laman Utama
Pengumuman
Maklumat Sebutharga (NO SEBUTHARGA : 013/2012)

TAWARAN SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR SEUNIT KENDERAAN AMBULANS DI JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN  
KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
NO. SEBUTHARGA : 12/2012

SPESIFIKASI TEKNIKAL KENDERAAN YANG AKAN DIBEKALKAN
Seperti yang dilampirkan.

PENGHANTARAN
Penghantaran hendaklah dibuat dalam tempoh enam (6) bulan daripada tempoh tarikh Pesanan Tempatan yang akan dikeluarkan kepada pembekal yang terpilih. Sila pastikan pihak tuan memaklumkan tempoh masa serahan bagi sebutharga di atas (di Lampiran Q).

LOKASI PENGHANTARAN
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

BORANG TAWARAN SEBUTHARGA
Borang Tawaran Sebutharga boleh didapati secara PERCUMA di Unit Perolehan, Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berikut merupakan keperluan yang harus dibawa semasa pengambilan borang tawaran sebutharga :-

-    Sijil Kementerian Kewangan & Sijil Akuan Bumiputera (asal) –jika ada
-    Salinan Sijil Kementerian Kewangan & Sijil Akuan Bumiputera- jika ada (yang telah disahkan)
-    Sijil Pendaftaran dengan JKWPKL & P (jika ada)
-    Cop Syarikat

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN
•    Salinan Sijil Kementerian Kewangan
•    Salinan Sijil Akuan Bumiputera (jika ada)
•    Katalog Barangan (Berwarna)/Dokumen Teknikal yang memenuhi spesifikasi bekalan
•    Profil Syarikat
•    Salinan Penyata Kewangan Bank (3 bulan terakhir)

* Kegagalan mengemukakan dokumen/keperluan akan menjejaskan permohonan .

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA
Tempoh sebutharga adalah mulai 04 April 2012 hingga 12 April 2012 (tepat jam 12:00 tengahari) dan hantarkan permohonan di Unit Perolehan, Aras 2, Blok B, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cenderasari 50590 Kuala Lumpur. (Peti No. 1).

KOD BIDANG YANG BERKAITAN
160103 – Kereta

Disediakan oleh
UNIT PEROLEHAN
JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR.

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  

Hakcipta Terpelihara 2011 © Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
has-been-access-x-times