Bahagian Pengurusan:

i.  Sebarang pembayaran bil dan tuntutan akan dijelaskan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan.

ii. Sebarang aduan yang diterima direkod dan dimaklumkan untuk tindakan susulan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan.

iii. Sebarang Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seorang Pegawai (Kew.8) bagi anggota lantikan baru disediakan dan dikemukakan kepada Kewangan dalam tempoh 14 hari bekerja.

iv. Laman web JKWPKL&P dikemaskini setiap minggu.

 

Bahagian Kesihatan Awam:

i. Laporan perlaksanan pemantauan indikator aktiviti di Bahagian KesihatanAwam di bentangkan di dalam Mesyuarat Bahagian Kesihatan Awam setiap 6 bulan.

 

Bahagian Perubatan:

i. Pemeriksaan dan laporan untuk pembaharuan lesen hospital (untuk permohonan yang diterima dalam tempoh yang ditetapkan iaitu enam (6) bulan sebelum tarikh tamat lesen) siap dikemukakan kepada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia tiga (3) bulan sebelum tamat lesen.

ii. Lawatan pemantauan dilakukan oleh pasukan penyeliaan sekurang-kurangnya dua (2) bulan sekali.

iii. Memastikan semua acara yang diluluskan mempunyai pasukan perlindungan perubatan.

 

Bahagian Farmasi

i. Penguatkuasa Farmasi:

Pengeluaran lesen baru jenis A/B/E dan Permit NaOH dikeluarkan dalam masa 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

 

ii. Pengurusan Farmasi:

Memastikan modal insan dan perancangan latihan diuruskan secara optima mengikut keperluan selain pengurusan kewangan yang mantap mengikut peraturan yang ditetapkan.

 

iii. Amalan dan Perkembangan Farmasi:

Memastikan keperolehan dan penggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui Amalan Farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan Perkhidmatan Farmasi di Malaysia supaya setanding dengan kemajuan Perkembangan Perkhidmatan Farmasi di negara-negara maju.

 

 

 
Detect language » English
 
 
Detect language » English
 
 
Detect language » English
 
has-been-access-x-times