FAQ Perubatan FAQ Perubatan

UNIT REKOD PERUBATAN

1.    Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh bahagian ini?
•    Permohonan laporan perubatan
•    Permohonan lembaga perubatan
•    Permohonan data statistik bagi fasiliti di bawah JKWPKL&P
•    Permohonan pelupusan rekod-rekod pesakit

2.    Apakah jenis – jenis laporan perubatan yang boleh dipohon?
•    Laporan Perubatan Biasa.
•    Laporan Perubatan Ringkas Pakar.
•    Laporan Perubatan Terperinci Pakar.
•    Laporan Bedah Siasat (Post Mortem).
•    Borang Insurans/PERKESO(PKS 6)/ KWSP
•    Borang Buruh 90 (Perakuan Ordinan Pampasan Pekerja, 1952)
•    Permohonan Laporan dari Majikan/Polis/
 Maklumat lanjut berkenaan prosedur permohonan, bayaran laporan dan tempoh masa penyediaan, sila rujuk…(Pamplet ini)
Borang Permohonan Laporan Perubatan / Laporan Bedah Siasat.
WAKTU OPERASI 

HARI 

MASA 

ISNIN – KHAMIS 

8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 pagi - 4.00 petang
 

JUMAAT 

8.00 pagi - 12.15 petang
2.45 petang - 4.00 petang
 

LOKASI PEJABAT
Unit Rekod Perubatan
Bahagian Perubatan
Jabatan Kesihatan WP KL& Putrajaya
Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur
No tel - 03-22687402

3.      Apakah tujuan penubuhan lembaga perubatan?
1.    Apabila seseorang pegawai didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti-cuti sakit biasanya.
2.    Apabila seorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk pegawai menjadi sihat untuk bertugas.
3.    Apabila pada tiap-tiap tahun selama 3 tahun berturut-turut pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih.
4.    Apabila kesiuman otak atau kesihatan pegawai diragui.
5.    Apabila pegawai telah tercedera/mengalami penyakit khidmat semasa bertugas (bagi tujuan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Bagi Anggota Perkhidmatan Awam).
6.    Apabila pegawai disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah.
7.    Apabila pegawai atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan rawatan luar Negara kerana tiada rawatan sedemikian di negeri ini.
8.    Lain-lain keadaan seperti atas arahan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Contoh seperti urusan pembelian alat perubatan dan saraan ubat-ubatan.

4.    Berapkah bayaran bagi permohonan penubuhan lembaga perubatan?

Jumlah bayaran Lembaga Perubatan adalah berdasarkan Akta Fi (Perubatan) (Pindaan) 2003 iaitu RM200.00. Bayaran bolehlah dibuat secara pos atau datang sendiri ke hospital dimana Lembaga Perubatan ditubuhkan. Bagi bayaran melalui pos bolehlah dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri atau Hospital Kuala Lumpur dengan menggunakan cek/wang pos/kiriman wang atas nama Pengarah Hospital dimana Lembaga Perubatan ditubuhkan.

Jika bayaran dibuat secara terus di hospital dimana Lembaga Perubatan ditubuhkan samada bayaran secara tunai/cek/wang pos/kiriman wang maka salinan resit hendaklah dikemukakan oleh pemohon ke Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri/Hospital Kuala Lumpur sebagai bukti pembayaran.

5.    Bilakah keputusan persidangan lembaga perubatan boleh diperolehi?
Dalam tempoh 7 hari selepas tarikh lembaga perubatan bersidangan.

6.    Perlu atau tidak pegawai yang di hadapkan ke lembaga perubatan hadir semasa
hari persidangan?
Perlu.

 

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  4  

has-been-access-x-times