FAQ Perubatan FAQ Perubatan



UNIT PERLINDUNGAN PERUBATAN

 

1.    Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh unit perlindungan perubatan ini?
a)    Unit Perlindungan Perubatan ini menyediakan perkhidmatan “medical standby” bagi semua aktiviti/acara/program yang dijalankan di kawasan lembah klang, putrajaya dan seluruh negeri Selangor.
b)    Memberikan perkhidmatan perubatan kepada YDPA,Perdana Menteri, TPM, Ketua-Ketua Negara/Kerajaan, Menteri-menteri, VVIP,VIP.
c)    Juga menyediakan perkhidmatan perubatan bagi Operasi Haji Tanah Air yang dijalankan pada setiap tahun.


2.    Bilakan tarikh yang sesuai untuk membuat permohonan pasukan perlindungan perubatan?
Dua (2) minggu sebelum acara/majlis dijalankan.

3.    Apakah keperluan yang disediakan oleh pihak penganjur sebelum acara/majlis dijalankan?
a)    Bilik rawatan kecemasan
b)    Laluan kecemasanc)    Pakir ambulans
d)    Kebajikan petugas perubatan

4.    Bolehkah pihak penganjur menghantar permohonan terus ke hospital yang berhampiran dengan tempat acara/majlis?
Tidak Boleh. Pihak penganjur perlu menghantar permohonan tersebut kepada Ketua Penyelaras, Unit Perlindungan Perubatan JKWPKL&P terlebih dahulu untuk diselaraskan.

5.    Adakah dikenakan sebarang caj perkhidmatan pasukan perlindungan perubatan?
a)    Bagi acara/majlis yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, tiada bayaran dikenakan. Akan tetapi caj akan dikenakan selepas waktu bekerja.
b)    Bagi acara/majlis yang dianjurkan oleh pihak swasta/korporat, caj akan dikenakan termasuk tujuan politik.

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  4  

has-been-access-x-times