FAQ Perubatan FAQ Perubatan

1.    Apa itu ‘Kualiti’
Kualiti dapat ditafsirkan sebagai sesuatu keadaan yang cemerlang@amat baik tetapi keadaan itu tiada hadnya atau tetap pada sesuatu tahap. Ianya bergerak sepanjang masa, oleh kerana itu bila kita mencapai kualiti yang kita kejar, ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti kita capai. Kita sentiasa dikejar dan mengejar. Pada hakikatnya usaha kita tidak berhabis-habisan, kita perlu mengejar kualiti sepanjang masa demi kehidupan dan perkhidmatan yang lebih cemerlang dan terbilang.

2.    Apakah prinsip-prinsip yang terdapat di dalam sistem pengurusan kualiti?
1)    Fokus kepada pelanggan
2)    Kepimpinan
3)    Penglibatan anggota di dalam sesebuah organisasi
4)    Pendekatan proses
5)    Pendekatan system untuk pengurusan
6)    Penambahbaikan yang berterusan
7)    Pendekatan fakta yang menyelesaikan masalah
8)    Perhubungan baik (menguntungkan) dengan pembekal

3.    Faktor-faktor utama yang mempengaruhi kualiti dalam perkhidmatan awam
•    Kefahaman terhadap kehendak dan pengharapan pelanggan.
•    Kemampuan dalam merekabentuk produk dan perkhidmatan yang dikehendaki atau diharapkan.
•    Kemampuan dalam membina atau mengeluarkan produk atau memberikan perkhidmatan berkenaan.
•    Kemampuan dalam menguruskan kualiti input, proses dan output di segi rekabentuk, pengeluaran dan penyampaian produk ataupun perkhidmatan berkenaan.

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  4  

has-been-access-x-times