FAQ Perubatan
UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (UKAPS)
1) Bagaimanakah cara memohon pendaftaran klinik swasta/klinik pergigian?
Pendaftaran perlu melalui 2 cara seperti berikut;
1. Melalui pendaftaran secara online iaitu medpcs website : http:// medpcs.moh.gov.my
2. Secara manual dengan mengisi Borang A yang boleh diambil di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P).
Borang A : Permohonan Perakuan Pendaftaran Klinik
2) Apakah proses yang perlu dilakukan dalam menubuhkan hospital swasta/ Jagaan Kesihatan yang lain?
• Borang 1 disi untuk mendapatkan kelulusan menubuhkan atau menyenggarakan.
• Borang 3 disi untuk mendapatkan lesen mengendalikan atau menyediakan satu Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta.
Bila perlu memohon pembaharuan lesen hospital/ Kemudahan Jagaaan Kesihatan Swasta lain?
Pembaharuan lesen perlu dilakukan setiap 2 tahun sekali. Permohonan pembaharuan lesen perlu dihantar ke UKAPS, JKWPKL&P 6 bulan sebelum tamat tarikh lesen.
3) Bagaimanakah cara memperbaharui lesen hospital swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta lain?
Permohonan bagi memperbaharui lesen hendaklah dibuat dalam Borang 3 sebanyak dua (2) salinan dengan disertai fi pemprosesan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga (Rujuk Buku Peraturan- Peraturan Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 2006)