FAQ Pergigian FAQ Pergigian


22) Apakah dokumen yang perlu untuk mendaftar di klinik gigi?
Anda perlu bawa kad pengenalan / sijil lahir bagi kanak-kanak / surat pengsahan diri dari majikan/sekolah bagi kakitangan kerajaan/murid sekolah.


23) Berapa kerapkah saya perlu membuat pemeriksaan gigi?
Bergantung kepada keadaan kesihatan gigi anda biasanya mengikut nasihat doktor gigi anda.


24) Kenapakah saya perlu melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala walaupun saya tidak mempunyai masalah pergigian?
Pemeriksaan pergigian secara berkala memastikan gigi dan gusi sentiasa sihat. Doktor gigi anda akan:

  1. mengemaskinikan rekod pergigian dan masalah kesihatan
  2. memberi rawatan ‘prophylaxis’ seperti penskaleran
  3. mengesan dan merawat masalah pergigian
  4. memberi nasihat cth teknik memberus gigi dan diet
  5. merujuk kepada doktor perubatan atau pakar pergigian jika perlu
has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  4  

has-been-access-x-times