FAQ Pergigian FAQ Pergigian

17) Adakah semua rawatan di klinik pergigian percuma ?
Tidak, bayaran dikenakan mengikut jenis rawatan yang diberikan.

 

18) Bolehkah saya (seorang warganegara asing) medapatkan rawatan di klinik pergigian kerajaan?

Boleh tetapi hanya untuk kes kecemasan sahaja dan caj rawatan yang dikenakan adalah berbeza berbanding dengan penduduk tempatan.

 

 

19) Adakah rawatan kepada warganegara asing percuma?
Tidak kecuali ada bukti ( surat nikah/sijil pendaftaran Malaysia ) menunjukkan bahawa anda telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan sertakan salinannya.

 

20) Apa yang menyebabkan nafas berbau?
Lebih 90% kes nafas berbau berpunca dari mulut. Terdapat banyak bakteria walaupun di dalam mulut yang bersih. Bakteria ini boleh meleraikan sisa makanan dalam mulut dan menghasilkan gas yang berbau.

 

21) Bolehkah nafas berbau dirawat dan apakah rawatannya?
Ya, masalah nafas berbau boleh dirawat. Rawatan asas seperti penskaleran dan tampalan gigi boleh mengurangkan nafas berbau.

 

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  4  

has-been-access-x-times