FAQ Pergigian FAQ Pergigian

FAQ Pergigian

1) Adakah semua rawatan di klinik pergigian percuma?
Tidak, bayaran dikenakan mengikut jenis rawatan yang diberikan.


2) Bolehkah saya (seorang warganegara asing) medapatkan rawatan di klinik pergigian kerajaan?
Boleh tetapi hanya untuk kes kecemasan sahaja dan caj rawatan yang dikenakan adalah berbeza berbanding dengan penduduk tempatan.


3) Adakah rawatan kepada warganegara asing percuma?
Tidak kecuali ada bukti ( surat nikah/sijil pendaftaran Malaysia ) menunjukkan bahawa anda telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan sertakan salinannya.


4) Apakah dokumen yang perlu untuk mendaftar di klinik gigi?
Anda perlu bawa kad pengenalan / sijil lahir bagi kanak-kanak / surat pengesahan diri dari majikan/sekolah bagi kakitangan kerajaan/murid sekolah.


5) Apakah jenis rawatan pergigian yang boleh saya dapati di klinik pergigian?
Rawatan-rawatan pergigian yang boleh didapati di klinik pergigian adalah pembersihan gigi (pengskaleran), tampalan, cabutan, pembuatan gigi palsu (dentur), rawatan kanal akar gigi, korona dan jambatan, rawatan pencegahan seperti selan fisur dan sapuan fluorida, pembedahan kecil pergigian serta kaunseling berkenaan kesihatan pergigian. Untuk pesakit dalam keadaan tertentu dan memerlukan rawatan yang kompleks, pesakit akan dirujuk untuk mendapat rawatan dari pakar-pakar pergigian berkenaan.


6) Apakah tabiat yang tidak baik untuk kesihatan mulut dan pergigian?
Merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan serta tabiat mengunyah tembakau dan sireh merupakan tabiat yang tidak baik untuk kesihatan pergigian.Ianya boleh mengakibatkan kejadian kanser mulut.


7) Bagaimanakah caranya untuk mengekalkan kesihatan pergigian yang baik?
Memberus gigi dua kali sehari iaitu sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Amalan memberus gigi atau sekurang-kurangnya berkumur setiap kali selepas makan juga amat baik untuk kesihatan pergigian. Amalan menggunakan kandungan gula serta pengambilan makan manis yang berlebihan. Selain itu, elakkan pengambilan snek atau makanan ringan diantara waktu makan serta amalkan pemakanan seimbang dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan untuk kesihatan pergigian.

 

 

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  4  

has-been-access-x-times