FAQ Kesihatan Awam FAQ Kesihatan Awam

 

Unit HIV

 

  1. Apa itu HIV dan AIDS?
    1. HIV adalah sejenis virus yang akan memasuki / menyerang badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan.

      Pada tahun 2003, terdapat 40 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di

      mana 5 juta orang baru dijangkiti manakala 3 juta maut. Rujuk : http://www.unaids.org/.

  2. Bagaimana HIV mudah dijangkiti ?
    1. Melalui cecair badan seperti:
      1. Darah
      2. Air mani
      3. Cecair faraj
    2. HIV boleh merebak melalui:
      1. Susu ibu
      2. Melalui faraj, dubur atau mulut
      3. Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti
      4. Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
      5. Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
      6. Melahirkan atau sewaktu menyusu.
      7. Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim
  3. Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak?
    1. Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak bolehdijangkiti melalui:
      1. pesakit AIDS
      2. Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pengangkutan awam
      3. Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas
      4. Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS
      5. Bersin, batuk, berpeluh atau kencing
      6. Gigitan nyamuk
  4. Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?
    1. Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV:
      1. Demam
      2. Sakit tekak dan batuk
      3. Sakit otot
      4. Sakit kepala
      5. Cirit-birit
      6. Bengkak kelenjar limfa
      7. Letih
      8. Ruam
      9. Sakit sendi
      10. Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.
      11. Turun berat badan
  5. Apakah gejala-gejala jangkitan HIV?
    1. Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-10 tahun Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:
      1. Penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan
      2. Cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering
      3. Jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)
      4. Jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)
      5. Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.
      6. Kanser (contohnya Kaposi's sarcoma)

 

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  

has-been-access-x-times