FAQ Farmasi FAQ Farmasi

 

11) Bilakah lesen perlu dibatalkan dan bagaimanakah proses pembatalan lesen?

Pembatalan lesen perlu dibuat jika pelesen bertukar, berhenti atau perubahan nama dan alamat premis atau perubahan pada senarai racun (Lesen B) dan kuantiti NaOH/bahan psikotropik (Permit NaOH/Permit Psikotropik)
Permohonan pembatalan lesen perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh pembatalan lesen berkuatkuasa dan mestilah disertakan lesen asal, surat permohonan pembatalan lesen dan surat pelepasan dari syarikat. Borang pembatalan boleh didapati di pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau dimuat turun dari laman web www.pharmacy.gov.my atau www.jknkl.moh.gov.my
Sekiranya tiada pengganti (contoh: bagi premis farmasi)  pelesen perlu menyediakan senarai stok racun dan dikemukakan bersama dengan permohonan pembatalan. Satu pemeriksaan oleh Pegawai Penguatkuasa Farmasi akan dilakukan sebelum pembatalan lesen dilakukan.

 

 

12) Apakah jenis racun yang memerlukan Lesen B?
1. Ammonia 5% dan ke atas
2. Antibiotik apabila dicampur dengan makanan haiwan (kecuali yang dilarang)
3. Antimony
4. Arsenik
5. Barium kecuali Barium Sulphate
6. Bismuth
7. Boric Acid dan Sodium Borate 5% dan ke atas
8. Chloroform 10% dan ke atas
9. Creosote 50% ke atas
10. Dinitrocresols
11. Dinitronapthols
12. Dinitrophenols
13. Dinitrothymols
14. Sodium Fluorides atau Sodium Silicofluoride 3% dan ke atas
15. Formaldehyde 5% dan ke atas
16. Hydrochloric Acid 9% dan ke atas
17. Hydrogen Cyanic, metal cyanides kecuali ferro & ferricyanides
18. Hydrofluoric Acid
19. Iodine 2% dan ke atas
20. Lead Acetate
21. Lead Tetraethyl
22. Mercury
23. Nitric Acid 9% b/b dan ke atas
24. Nitrophenols, ortho, meta dan para
25. Phenols 2.5% b/b dan ke atas
26. Phosphorus kuning atau putih
27. Potassium Hydroxide 12% dan ke atas
28. Sodium Hydroxide 12% dan ke atas
29. Sulphuric Acid 9% dan ke atas
30. Zinc p-phenols sulphonate 5% ke atas

 

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  

has-been-access-x-times