Index Jisim Tubuh (IJT) Index Jisim Tubuh (IJT)


Bagaimanakah seseorang boleh menambah berat badan dengan cara yang sihat?
Buat sasaran untuk penambahan berat badan dengan perlahan, iaitu di antara 1 hingga 2 kilogram sebulan. Anda harus mencapai sasaran untuk IJT di antara 18.5 dan 24.9 kg/m2.
Kawal berat badan anda melalui:
Cara pemakanan sihat, dengan memilih dan memakan pelbagai jenis makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
Pastikan anda makan mengikut waktu makan yang tetap.
Rancang lebih awal untuk hidangan yang lebih. Untuk menambah berat badan, anda mungkin perlu makan lebih dari biasa

Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang menambahkan kalori, vitamin dan garam galian.
Pastikan keperluan tenaga anda. Anda perlu pastikan tahap aktiviti fizikal anda untuk memastikan keperluan tenaga.
Rujuk kepada contoh menu berdasarkan kepada keperluan kalori harian anda.

Apakah berat badan unggul?
Merujuk kepada:
Berat badan unggul jatuh di dalam julat IJT di antara 18.5 hingga 24.9. Ini adalah berdasarkan kepada ketinggian anda.
Kajian menunjukkan bahawa jangka hayat seseorang yang mempunyai IJT unggul adalah lebih tinggi daripada seseorang yang mempunyai IJT yang lebih rendah atau tinggi.

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  4  5  6  

has-been-access-x-times