Index Jisim Tubuh (IJT) Index Jisim Tubuh (IJT)


Tahukah anda bahawa kelebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?
Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko mereka terhadap beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, kanser,dan darah tinggi.
Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.

Bilakah anda dianggap sebagai kekurangan berat badan?

Jika IJT anda di bawah paras 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan
Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu kekurangan berat badan?
Kekurangan berat badan meningkatkan risiko seseorang dalam masalah kesihatan.
Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.
has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  4  5  6  

has-been-access-x-times