Information Management Unit
Pengenalan
Cawangan ini adalah salah satu cawangan di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Bidang tugas cawangan ini ialah merancang, menyelaras, melaksana, dan menilai program pendidikan kesihatan, termasuk membantu menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan. Cawangan ini juga membantu memberi sokongan dari aspek pendidikan kesihatan untuk semua program kesihatan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
Fungsi
Objektif utama cawangan ini adalah menyalurkan dan memberi informasi terkini berkaitan pengetahuan dan kemahiran untuk memperkasa komuniti mengubah sikap dan tingkahlaku yang tidak sihat kepada tingkahlaku yang lebih sihat serta menjadikannya satu cara hidup yang sihat aktif dan produktif di kalangan individu, keluarga dan masyarakat melalui usaha – usaha seperti berikut :-
• Menyemai minat di kalangan masyarakat terhadap keutamaan dan kepentingan kesihatan dan cara hidup sihat.
• Meningkatkan kesedaran mengenai langkah – langkah pencegahan penyakit dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan individu.
• Memberi pengetahuan mengenai prasarana kesihatan serta menggalakkan penggunaan kemudahan tersebut.
• Memupuk masyarakat supaya beriltizam terhadap keutamaan kesihatan dan menyuburkan amalan cara hidup sihat.
Fungsi Utama
1. Memberi pendidikan kesihatan kepada anggota kesihatan, jabatan/agensi lain serta pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan yang boleh menjadi agen kesihatan dan agen perubahan tingkahlaku dalam kelompok mereka.
2. Memasukkan komponen utama pendidikan kesihatan dalam semua aktiviti kesihatan yang dijalankan.
3. Menyediakan bahan promosi kesihatan sebagai menyokong setiap aktiviti kesihatan yang dijalankan.
4. Merancang dan melaksakanakn sambutan Hari-hari Khas Kesihatan dengan bertujuan untuk mempromosikan cara hidup sihat secara besar-besaran (massive) seperti Hari Kesihatan Sedunia selain membantu cawangan lain dalam sambutan Hari-hari Khas Kesihatan berkaitan seperti Hari AIDS Sedunia, Hari Denggi ASEAN, Minggu Tanpa Tembakau Sedunia, dan lain-lain mengikut keutamaan dan keperluan semasa.
5. Menjalankan kajian keberkesanan dan penilaian bagi membantu merancang pelaksanaan aktiviti di masa hadapan yang lebih baik.
6. Bekerjasama dengan pihak media massa dalam usaha penyebaran maklumat kesihatan terkini kepada masyarakat.
7. Membina jaringan kerja di kalangan agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dengan tujuan berkongsi tanggungjawab dalam menangani masalah kesihatan.
Perkhidmatan
Sebagai menyokong kepada program promosi kesihatan, pelbagai bahan pendidikan kesihatan seperti risalah, poster, dan lain-lain bahan media yang telah diterbitkan boleh dimuat-turun dari capaian digital yang diakses melalui pautan berikut
Untuk rujukan : Risalah Bahan Pendidikan | Senarai Bahan Pameran | Borang Permohonan Pameran
Bahan-bahan berkenaan juga boleh didapati di Cawangan Pendidikan Kesihatan (CPK), Bahagian Kesihatan Awam, JKWPKL&P dan juga Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) yang terdapat di lima daerah pentadbiran kesihatan dan dua hospital iaitu :-
Bil | Fasiliti | Kawasan Jagaan Parlimen | No.telefon | emel |
1 | Pejabat Kesihatan Lembah Pantai | Bukit Bintang Lembah Pantai | 03-2268-7452 | |
2 | Pejabat Kesihatan Titiwangsa | Setiawangsa Titiwangsa Wangsa Maju | 03-2698-0282 | |
3 | Pejabat Kesihatan Kepong | Batu Kepong Segambut | 03-6257-0352 | |
4 | Pejabat Kesihatan Cheras | Bandar Tun Razak Cheras | 03-9132-0020 | |
5 | Pejabat Kesihatan Putrajaya | Putrajaya | 03-8885-0400 | |
6 | Hospital Putrajaya | * bagi keperluan bahan berkaitan perkhidmatan hospital / rehabilitasi | 03-8312-4200 | |
7 | Hospital Rehabilitasi Cheras | 03-9145-3400 |