KPAS Unit KPAS Unit

Aktiviti Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar adalah satu program kesihatan yang di letakkan dibawah program Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit. Objektif utama program ini adalah untuk mempromosikan dan mengekalkan keadaan fizikal, mental dan sosial pada tahap yang tertinggi serta memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja terjamin. Ini  termasuklah kesedaran dan pengetahuan serta, melindungi pekerja dari risiko dan hazad di tempat kerja.
 

Aktiviti utama :

Survelens Penyakit Pekerjaan

1. (NADOPOD)

Notification of Accident, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning. and Occupational Disease
Survelens penyakit pekerjaan telah dimulakan pada bulan Jun 1997. Jenis penyakit yang perlu dinotifikasi ialah keracunan kimia dan pestisid, penyakit  respiratori pekerjaan (occupational lung disease), penyakit kulit pekerjaan (occupational dermatoses) dan kecederaan di kalangan anggota kesihatan KKM.

Borang yang digunapakai untuk perlaksanaan NADOPOD adalah Wehu A, D, E, L, S. Borang tersebut boleh didapati dengan melayari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memuat turun melalui atas talian.

2.Sharp Injury Surveilance (SIS)

Sharp Injury Surveilance atau pemantauan ke atas kecederaan alatan tajam dilaksanakan berasaskan OSHA 1994 (Occupational Safety and Health Act).  SIS mempromosikan keselamatan di tempat kerja secara menyeluruh, menghapuskan penggunaan alatan tajam atau jarum yang tidak sepatutnya, dan pencegahan kemalangan akibat alatan tajam (Safety Device).

Objektif utama perlaksanaan SIS adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul registry asas.

Borang yang digunapakai untuk perlaksanaan SIS adalah menggunakan Borang OHU-SIS 1, OHU-SIS 2a/2b/3. Borang tersebut boleh didapati dengan melayari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memuat turun melalui atas talian.

Aktiviti lain:

  • Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pemantauan berkaitan penyakit bawaan jerebu dan cuaca panas
  • Program Jaminan Kualiti (Quality Assurance)
  • Manual Pensijilan ISO
  • Pemeriksaan Tahap Kesihatan Anggota Kesihatan
  • Pemantauan Program Imunisasi Hepatitis B dan Influenza untuk pekerja
  • Program Pemeriksaan Persekitaran Bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta - Bagi permohonan baru
  • Program Pemeriksaan Persekitaran Bagi Penubuhan Pusat Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) – Bagi permohonan baru
  • Program Penilaian Kesihatan Persekitaran Bagi Institusi Berisiko Tinggi – Depoh Tahanan Sementara Imigresen
  • Perlaksanaan Program Komuniti Sihat Pembina Negara PLUS (KOSPEN PLUS) diperingkat Agensi Kerajaan dan Swasta
  • Kursus Kempen Cara Hidup Sihat ‘Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan'
  • Kursus Sharp Injury Surveilance (SIS)
  • Kursus Kesihatan Pekerjaan di Kalangan Anggota Vektor
  • Kursus Kesihatan Pekerjaan di Kalangan Anggota Jururawat
  • Penerbitan polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  • Kajian tabiat merokok di kalangan anggota kesihatan
  • Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Pekerjaan
  • Klinik Kesihatan Pekerjaan
  • Untuk mencegah kejadian penyakit berjangkit dari peringkat awal supaya tidak menjadi masalah kepada kesihatan awam di negara ini dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya khasnya.
  • Menjalankan siasatan sumber kejadian yang berlaku serta mengambil langkah awal bagi mencegah berlakunya penularan penyakit dan menjadi wabak yang serius
  • Memberi maklumat, rekod, analisa kejadian penyakit di daerah yang mudah merebak kepada umum.
  • Menjalankan pemantauan semua penyakit di daerah samada kejadian kes tempatan, import dan kejadian penularan dari luar atau dalam daerah, negeri dan negara.
  • Memberi kesedaran melalui pendidikan kesihatan.

Tarikh Kemaskini : 01 November 2018

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times