Inspectorate and Consuntancy Unit
Unit Inspektorat & Perundangan (UIP) ditubuhkan pada tahun 2008 menurut arahan Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pekeliling Kesihatan Awam Bilangan 1/2004, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui surat bilangan (2) KKM -196 (55/1) SK.1 Bhg.3 bertarikh 11 Februari 2004.
Penubuhan Unit Inspektorat dan Perundangan adalah untuk mewujudkan satu struktur yang teratur dan mantap yang mampu menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan pendakwaan dibawah undang-undang kesihatan awam dengan lebih profesional serta mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
Secara amnya, aktiviti utama ialah penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT) di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga memantau serta menyelaras aktiviti pendakwaan yang melibatkan Undang-Undang Kesihatan Awam iaitu Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Selain itu, UIP juga berperanan untuk menjalankan kes-kes pendakwaan di Mahkamah Jalan Duta setelah mendapat persetujuan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Berikut merupakan aktiviti-aktiviti utama Unit Inspektorat dan Perundangan :
- Penguatkuasaan
- Menjalankan Risikan
- Menjalankan Operasi Rutin
- Menjalankan Operasi Bersepadu
- Menjalankan Operasi E-Infoblat
- Menjalankan Operasi Arahan TPK/Pengarah/KKM
- Menjalankan Educational Enforcement
- Pendakwaan
- Mengurukan kompauan di bawah kesalahan Undang-Undang Kesihatan Awam
- Menyediakan/ melengkapkan kertas siasatan di bawah Undang-Undang Kesihatan Awam
- Merujuk / Semakan Kertas Siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya
- Pendaftaran kes ke mahkamah di bawah kesalahan Undang-Undang Kesihatan Awam
- Menguruskan saman dan waran tangkap dari dalam/luar daerah
- Menjalankan siasatan lanjutan terhadap Orang Kena Saman (OKS)
- Menjalankan pendakwaan di mahkamah
- Menguruskan eksibit
- Pentadbiran
- Surat
- Aduan
- Cuti
- Mesyuarat
- Taklimat
- CPD/Latihan
- Pembelian/Kewangan
- Pelan Tindakan (KRA)
- Kajian QA/KIK
- ISO
- Pangkalan Maklumat
- Daftar Kawasan Larangan
- Aset
- Kad Kuasa
- Reten Mesyuarat Pagi
- Reten Bulanan Unit Inspektorat & Perundangan
- Laporan Tahunan
- Perundangan – Akta 281, 342, 154 dan PPKHT 2004
- Database Unit Inspektorat & Perundangan
Tarikh Kemaskini : 15 Ogos 2017