Tender Tender

KENYATAAN TAWARAN

TAWARAN TERBUKA

 
(A) TARIKH IKLAN : 28 JUN 2012
Tawaran adalah dipelawa daripada Syarikat Kawalan Keselamatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah kod bidang 220801 serta mempunya Lesen KDN yang masih sah dalam tempoh tender untuk memberikan perkhidmatan berikut:-

 

 

JADUAL TENDER JKWPKL & P

BUTIR-BUTIR TAWARAN

TARIKH/TEMPAT TAKLIMAT SERTA LAWATAN TAPAK

(Taklimat serta lawatan tapak adalah wajib)

T.1/2012

Tawaran Tender Bagi

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan  (Tanpa Senjata dan Bersenjata) di Hospital Rehabilitasi Cheras bagi tempoh 2 tahun mulai 01 November 2012 sehingga 01 November 2014.

Tarikh        : 05 Julai 2012 (Khamis)

Masa         : 10.00 pagi

Tempat      : Bahagian Pentadbiran Hospital          

                    Rehabilitasi Cheras, Aras Satu, 

                    Jalan Yaacob Latif,

                    Bandar Tun Razak,

                    56000 Cheras, Kuala Lumpur.

 

 

 
(B) DOKUMEN TENDER
1.      Dokumen tender boleh dirujuk bermula pada tarikh iklan melalui  laman web  www.eperolehan.com.my.

2.    Dokumen tender adalah PERCUMA. Syarikat-syarikat yang ingin menyertai tender ini DIWAJIBKAN menghadiri taklimat seperti tarikh dan masa yang ditetapkan (Syarikat yang lewat tidak dibenarkan menyertai taklimat) dengan membawa bersama Sijil Pendaftaran Asal Kementerian Kewangan dan Sijil Akuan Bumiputera (jika ada) yang dicetak dari Sistem ePerolehan serta Lesen KDN, berserta dengan satu (1) salinan fotostat yang tidak akan dikembalikan. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan petender yang berminat tidak dapat menghantar cadangan tender melalui Sistem ePerolehan dan juga secara manual.
 
(C) TARIKH & MASA TUTUP TENDER
 1. Cadangan teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap hendaklah DIKUNCI MASUK (KEY-IN) ke dalam sistem ePerolehan pada atau sebelum 26 Julai 2012 (Khamis), jam 12.00 tengah hari.
 2. Semua keperluan dokumen seperti yang dinyatakan dalam dokumen tender juga hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul Surat berlakri seperti arahan di dalam Dokumen Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender No.1 di Unit Perolehan, Tingkat 2, Blok B, Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Wilayah Perrsekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur pada atau sebelum 26 Julai 2012 (Khamis), jam 12.00 tengah hari. Tawaran tender yang lewat dikemukakan melalui Sistem ePerolehan serta kelewatan menghantar dokumen manual seperti mana arahan tender tidak akan dipertimbangkan.
 
PENGARAH KESIHATAN NEGERI
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur & Putrajaya

 

 
Detect language » English
 
 
Detect language » English
 
 
Detect language » English
 
has-been-access-x-times
has-been-access-x-times