Pejabat Kesihatan Lembah Pantai Pejabat Kesihatan Lembah Pantai

PENGENALAN

Pejabat Kesihatan Lembah Pantai terletak di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pejabat ini diketuai oleh Pegawai Pegawai Kesihatan Daerah dan mempunyai unit-unit sebagaimana dijelaskan dalam Carta Organisasi untuk menjalankan fungsinya.

Nama dan alamat Pejabat kesihatan:

Pejabat Kesihatan Lembah Pantai
Tingkat 3, Blok C,
Jalan Cenderasari,
50590 Kuala Lumpur.


Tel: 03-2268 7452            Fax: 03-2694 0998

Pegawai Kesihatan (Pentadbir):
Dr. Rozanim Binti Kamarudin

VISI
Untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, cekap dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat selaras dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI
Mengwujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan masyarakat untuk mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka, menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai dan mengambil langkah yang positif memberi keutamaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan berusaha meningkatkan tanggungjawab individu serta menggalakkan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan kualiti kehidupan.

OBJEKTIF
Pejabat Kesihatan Lembah Pantai bertanggungjawab di dalam aspek perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktiviti untuk memastikan perkhidmatan kesihatan promotif, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi dapat diberikan kepada masyarakat agar mencapai tahap kesihatan yang optima sepanjang hayat.

FUNGSI
Pejabat ini memainkan peranan merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti kesihatan awam yang komprehensif termasuk aspek promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan penyakit dan masalah kesihatan, penguatkuasaan undang-undang kesihatan serta rehabilitasi kepada pesakit, pelanggan dan penduduk Lembah Pantai dan kawasan sekitarnya.
-Maklumat Sedang dikemaskini-

Aktiviti/Program
- Minggu Imunisasi Sedunia Peringkat Lembah Pantai
- Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2014 & Kem i Want Peringkat Lembah Pantai

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times