Pejabat Kesihatan Cheras Pejabat Kesihatan Cheras

PENGENALAN

Pejabat Kesihatan Cheras mula beroperasi pada tahun 2012 di bangunan baru yang terletak di Jalan Yaakob Latif, Cheras. Ia ditadbir oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Noriah bt. Hajib.


Pejabat Kesihatan Cheras
Aras 3, Bangunan Klinik Kesihatan Cheras
Jalan Yaacob Latiff
56000 Bandar Tun Razak
Cheras Kuala Lumpur

Tel: 03-91320020          Fax: 03-91329242

Pegawai Kesihatan (Pentadbir):
Datin Dr. Noriah Binti Hajib


Terdapat 5 unit utama di Pejabat Kesihatan Cheras iaitu pengurusan, klinik kesihatan, kesihatan awam, farmasi serta keselamatan dan kualiti makanan.

Bagi memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada populasi penduduk di parlimen Cheras dan parlimen Bandar Tun Razak, sebanyak 4 klinik kesihatan, 5 klinik kesihatan ibu & anak serta 4 klinik 1Malaysia beroperasi di bawah Pejabat Kesihatan Cheras

Klinik kesihatan
1)    Klinik Kesihatan Cheras
2)    Klinik Kesihatan Cheras Baru
3)    Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak
4)    Klinik Kesihatan Sungai Besi
 

Klinik kesihatan ibu & anak
1)    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Cheras
2)    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Cheras Makmur
3)    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Bandar Tun Razak
4)    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Sungai Besi
5)    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Salak Selatan
 

Klinik 1Malaysia
1)    Klinik 1Malaysia Alam Damai
2)    Klinik 1Malaysia Desa Tun Razak
3)    Klinik 1Malaysia Terminal Bersepadu Selatan
4)    Klinik 1Malaysia Seri Malaysia

VISI
Pejabat Kesihatan Cheras mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

MISI
Untuk membolehkan dan memudahkan penduduk Cheras:
-    Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
-    Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
-    Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
-    Mengutamakan pelanggan
-    Saksama
-    Tidak membebankan
-    Cekap
-    Wajar mengikut teknologi
-    Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
-    Inovatif

Dengan menekankan
-    Sifat penyanyang, profesionalisme dan bekerja berpasukan
-    Sifat menghormati maruah insan
-    Penglibatan masyarakat
FUNGSI

Promosi untuk mengekalkan kesihatan dan latihan kesihatan
-    Peringkat komuniti
-    Penglibatan komuniti
-    Kerjasama dalam pelbagai agensi

Melidungi kesihatan melalui langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang khusus
-    Peringkat komuniti dan individu
-    Pengesanan awal terhadap faktor risiko dan penyakit
-    Langkah-langkah dan pencegahan yang khusus
-    Kawalan wabak

Memudahkan dan menyokong penyembuhan dan pemulihan serta fungsi-fungsinya
-    Peringkat individu dan keluarga
-    Diagnosis dan rawatan awal
-    Pencegahan komplikasi
-    Klinik asas pemulihan

Tarikh Kemaskini : 17 September 2015

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times