Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
has-been-access-x-times
Laman Utama
Pengumuman
Notis Kenyataan e-Bidding 5/12

NOTIS KENYATAAN e-BIDDING

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

Pelawaan eBidding ini adalah terbuka kepada syarikat-syarikat yang; (i) berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 010201-Alat Tulis Tidak Termasuk Borang dan Kertas Komputer dan masih sah tempohnya dalam tempoh (3) bulan dari tarikh eBidding ini dicipta; (ii) ePerolehan enabled dalam bidang yang berkaitan bagi menyertai eBidding seperti berikut:

Jenis Pembekalan

MEMBEKAL & MENGHANTAR TONER PENCETAK DAN INK KATRIJ (ORIGINAL) BAGI JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA 

 

1.    Pembekalan dan penghantaran adalah adalah tertakluk kepada Syarat dan Terma yang ditetapkan. Syarikat yang menyertai eBidding tetapi tidak mematuhi semua syarat dan terma yang disenaraikan akan disenaraihitamkan. Dokumen eBidding adalah seperti dilampirkan secara atas talian dalam sistem ePerolehan.

2.    Syarikat yang memenuhi syarat di Para 1 dan berminat untuk menyertai eBidding ini adalah diwajibkan menghadiri sesi Taklimat eBidding pada hari, tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

        Tarikh            :    09 Mac 2012 (Jumaat)
        Masa            :    10.00 pagi
        Tempat        :    Bilik Mesyuarat Pengurusan,
                                Tingkat 1, Blok B, Bahagian Pengurusan,
                                Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur.

3.    Kehadiran wakil syarikat ke taklimat adalah wajib dan dihadkan kepada dua (2) orang bagi satu syarikat. Cadangan dari syarikat yang tidak menghadiri taklimat tidak akan diproses dan dipertimbangkan.

4.    Syarikat diwajibkan membawa bersama Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia & Sijil Akuan Bumiputera (jika ada) ASAL serta satu (1) salinannya yang masih sah tempoh lakunya.

5. Tarikh tutup mengemukakan tawaran awal (pra kelayakan) eBidding ialah pada 16 Mac 2012 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari dan tarikh eBidding atas talian adalah pada 02 April 2012 (Isnin) mulai 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

6.    Iklan ini boleh diakses melalui laman web http://jknkl.gov.my atau http://www.eperolehan.gov.my

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  4  5  

Hakcipta Terpelihara 2011 © Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
has-been-access-x-times