Pejabat Kesihatan Titiwangsa Pejabat Kesihatan Titiwangsa

Direktori Pegawai/ Kakitangan

PENGENALAN

Pejabat Kesihatan Titiwangsa mula beroperasi pada tahun 2012 di bangunan Klinik Kesihatan Batu yang terletak di Batu 4 ½ Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh Pegawai Kesihatan Daerah Titiwangsa, Dr. Misliza Binti Ahmad.

 

Pejabat Kesihatan Titiwangsa

Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru,

50300 Kuala Lumpur

Tel : 03 – 2698 0282            Fax : 03 – 2693 8685

Pegawai Kesihatan (Pentadbir):

Dr. Misliza Binti Ahmad

 

Terdapat 5 unit utama di Pejabat Kesihatan Titiwangsa iaitu pengurusan, klinik kesihatan, kesihatan awam, farmasi serta keselamatan dan kualiti makanan.

Bagi memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada populasi penduduk di ParlimenTitiwangsa, parlimen Wangsa Maju dan parlimen Setiawangsa. Sebanyak 3 klinik kesihatan, 5 klinik kesihatan ibu dan anak dan 7 klinik 1Malaysia beroperasi di bawah Pejabat Kesihatan Titiwangsa.

Klinik Kesihatan

1.  Klinik Kesihatan Setapak
2.  Klinik Kesihatan Datok Keramat
3.  Klinik Kesihatan Kampung Pandan

Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

1.    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Setapak
2.    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Pasar Moden Gombak
3.    Klinik Kesihatan Ibu & Anak UTC Keramat Mall
4.    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Jalan Raja Abdullah
5.    Klinik Kesihatan Ibu & Anak Desa Pandan


Klinik 1Malaysia

1.    Klinik 1Malaysia Sungai Mulia
2.    Klinik 1Malaysia Danau Kota
3.    Klinik 1Malaysia Taman Melati
4.    Klinik 1Malaysia Desa Rejang
5.    Klinik 1Malaysia Seri Semarak
6.    Klinik 1Malaysia Jalan Raja Abdullah
7.    Klinik 1Malaysia Perkasa
8.    Klinik 1Malaysia UTC Keramat

 

 

VISI
Pejabat Kesihatan Titiwangsa mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI

Untuk membolehkan dan memudah penduduk Titiwangsa

-   Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
-   Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
-   Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka


Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu
-   Mengutamakan pelanggan
-   Saksama
-   Tidak membebankan
-  Cekap
-  Wajar mengikut teknologi
-  Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
-  Inovatif

Dengan menekankan
-  Sifat penyayang, profesionalisme dan bekerja berpasukan
-  Sifat menghormati maruah insan
-  Penglibatan masyarakat

 

FUNGSI

Promosi untuk mengekalkan kesihatan dan latihan kesihatan

-   Peringkat komuniti
-   Penglibatan komuniti
-   Kerjasama dalam pelbagai agensi

Melindungi kesihatan melalui langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang khusus

-   Peringkat komuniti dan individu
-   Pengesanan awal terhadap factor risiko dan penyakit
-   Langkah-langkah dan pencegahan yang khusus
-   Kawalan wabak

Memudahkan dan menyokong penyembuhan dan pemulihan serta fungsi-fungsinya

-   Peringkat komuniti dan individu
-   Diagnosis dan rawatan awal
-   Pencegahan komplikasi
-   Klinik asas pemulihan

Tarikh Kemaskini : 25 Mei 2016

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times