Info ICT Info ICT

 

Bagaimana Melindungi Diri Anda Dari Spyware

Apa itu Spyware?

Kebanyakan pengguna komputer pada hari ini telah biasa dengan istilah 'spyware' kerana mereka telah mengalami kesannya daripada perisian ini. Penurunan kelajuan perlaksanaan komputer, perubahan laman rumah dan kemunculan pop-up yang datang secara tiba-tiba atau kerap merupakan sebahagian daripada petanda bahawa komputer anda telah dijangkiti dengan spyware.

Spyware sering ditanggapi ramai sebagai virus, tetapi penyataan ini sebenarnya adalah tidak tepat. Perisian ini tidak dapat menggandakan dirinya seperti virus, maka oleh kerana itu ia tidak dapat dikesan oleh program anti-virus. Perlindungan terbaik bagi komputer anda ialah dengan menggunakan pendekatan tiga-lapisan: gabungan perisian anti-spyware, perisian anti-virus dan firewall.

Spyware ialah satu program yang dipasangkan ke dalam komputer anda, samada dengan kebenaran anda mahupun tanpa kebenaran anda dimana ia mampu melakukan proses tertentu secara terlindung seperti mengubah konfigurasi sistem, memantau aktiviti Internet anda dan menghantar maklumat peribadi anda kepada pihak luar terutamanya pengiklan. Kesan spyware yang paling teruk ialah pertambahan bilangan spam dan pop-up yang tidak diingini atau lebih dikenali dengan nama 'adware'. Malware pula merujuk kepada program yang mempunyai tujuan tidak baik dan mampu mengurangkan atau menghalang kecekapan komputer anda. Pada masa kini, ia turut mampu mencuri maklumat peribadi seperti katalaluan bank dan nombor kredit kad.

 

 

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  

has-been-access-x-times