Hospital Rehabilitasi Cheras Hospital Rehabilitasi Cheras

Perutusan Pengarah | Visi & Misi | Jabatan & Unit | Aktiviti | Lawatan | Sukan dan Permainan

Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) telah mula dibina pada 15 Februari 2008 dengan peruntukan sejumlah RM 342 juta. Ianya terletak di Batu 4 1/2, Jalan Cheras iaitu bersebelahan dengan Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras dengan keluasan lebih kurang 50 ekar.

HRC merupakan hospital rehabilitasi yang terbesar di Asia Tenggara yang memberikan perkhidmatan rehabilitasi secara holistik. Konsep hospital ini dibina adalah berasaskan kepada konsep Hospital in the Park dan pada amnya, struktur dan fasiliti bangunan adalah mesra orang kurang upaya.

Bangunan hospital ini  adalah dua tingkat dan dikelilingi dengan banyak taman di dalam dan di luar hospital. Hospital ini juga mengadaptasikan konsep hijau di mana struktur bangunan membolehkan penjimatan tenaga elektrik. HRC mempunyai kapasiti sebanyak 166 katil, walau bagaimanapun pada masa akan datang, hospital ini boleh menampung pertambahan sebanyak 300 katil.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan rehabilitasi pesakit dalam dan luar serta perubatan tradisional dan komplimentari. Fasiliti yang disediakan adalah terdiri daripada kompleks wad, kompleks klinik, jimnasium pemulihan carakerja, jimnasium pemulihan anggota, klinik pemulihan pertuturan, dan klinik pemulihan pendengaran serta bengkel prostetik dan ortotik. Hospital ini juga menyediakan unit hidup kendiri (independent living unit) dan meditel.

 

Hospital Rehabilitasi Cheras
Jalan Yaacob Latif
Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur

Tel : 03-9145 3400      Fax : 03-9130 0560

 

Fungsi

Hospital ini dibina dengan matlamat untuk menjadi pusat rujukan yang akan menyediakan perkhidmatan rehabilitasi perubatan yang komprehensif di Malaysia. Memandangan HRC adalah pusat rujukan tertiari, ia hanya menerima rujukan daripada pakar rehabilitasi dari hospital lain. Rehabilitasi adalah bermaksud memulihkan fungsi akibat kecacatan (disability). Antara fungsi-fungsi hospital tersebut adalah seperti berikut:

•    Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi in-patient selepas peringkat akut sesuatu penyakit atau trauma
•    Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi out-patient selepas pesakit didiscaj dari hospital
•    Menyediakan kemudahan dalam menjalankan penilaian terhadap ketidakupayaan selepas sesuatu penyakit atau trauma
•    Menyediakan kemudahan untuk latihan dan penyelidikan dalam bidang rehabilitasi perubatan dan pengurusan ketidakupayaan
•    Mengukuhkan jaringan perkhidmatan rehabilitasi perubatan di kalangan hospital-hospital di seluruh negara
 

 

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times