FAQ Pharmacy FAQ Pharmacy

1) Apakah jenis-jenis lesen yang boleh dipohon ?

  • Lesen A bagi ahli farmasi
  • Lesen B bagi syarikat yang import &guna /beli & jual borong (wholesale) bahan kimia terkawal
  • Permit natrium hidroksida (NaOH) bagi syarikat yang membeli, menyimpan & mengguna Natrium Hidroksida
  • Lesen E bagi syarikat yang import & guna natrium hidroksida sahaja
  • Permit Psikotropik bagi syarikat yang membeli, menyimpan & mengguna bahan Psikotropik.
  • Permit membeli & mengguna Psikotropik (Methadone & Buprenorphine) bagi pengamal perubatan swasta


2) Bagaimanakah cara mendapatkan borang permohonan?

Permohonan lesen A, B, E dan permit natrium hidroksida perlu dihantar melalui sistem My.Pharma-C; www.mypharma-c.pharmacy.gov.my/.
Permohonan bagi permit psikotropik perlu dihantar melalui sistem SPIKES; www.myspikes.gov.my dan dokumen sokongan perlu dihantar ke jabatan.

3) Berapakah fi bagi pemprosesan setiap jenis lesen?

  • Lesen A – percuma
  • Lesen B , Lesen E dan permit Psikotropik– RM 100
  • Permit NaOH - RM 20

4) Bagaimanakah cara pembayaran fi bagi permohonan lesen?

Untuk permohonan melalui sistem SPIKES; pembayaran fi hendaklah melalui wang pos atau bank draf kepada Pengarah Kesihatan Negeri WPKL. Wang tunai dan cek tidak diterima.
Untuk permohonan melalui sistem My.Pharma-C; pembayaran adalah di atas talian.

5) Berapa lamakah tempoh masa lesen disiapkan selepas penghantaran borang?
Bagi setiap permohonan LENGKAP yang diterima,setiap lesen baru akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja manakala bagi pembaharuan lesen dalam tempoh 7 hari bekerja.

6) Bilakah borang permohonan pembaharuan lesen boleh dihantar?

Bagi lesen A, B, E dan permit NaOH, tempoh sah lesen adalah sehingga 31 Disember tahun semasa. Permohonan pembaharuan hendaklah dihantar bermula 1 Oktober setiap tahun.
Bagi permit Psikotropik (Buprenorphine & Methadone) tempoh sah lesen adalah sehingga 31 Jun. Permohonan pembaharuan permit hendaklah dihantar sebelum 31 Mei setiap tahun.

7) Bagaimanakah pemohon diberitahu sekiranya lesen telah siap dan boleh diambil?
Pemohon lesen akan dimaklumkan melalui telefon.

8) Bolehkah wakil datang untuk mengambil lesen yang telah siap bagi pihak pemohon?
Boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil lesen bagi pihak beliau dengan syarat wakil perlulah membawa ‘authorization letter’ yang ditandatangani oleh pemegang lesen .

9) Apakah rujukan yang perlu dibaca bagi tujuan temuduga kefahaman lesen B dan Lesen E?
Pemohon lesen boleh merujuk Kepada Akta Racun 1952 & Peraturan-peraturannya (Poison Act 1952 & regulations) dari buku Malaysian Laws on Poisons and Sale of Drugs yang boleh diperolehi dari kedai-kedai buku. Akta ini juga boleh muat turun dari laman web www.pharmacy.gov.my

10) Bila dan bagaimanakah temuduga kefahaman lesen dilakukan?
Temuduga akan dijalankan semasa penghantaran borang permohonan yang lengkap. Temuduga akan dijalankan secara bertulis dan lisan . Markah lulus adalah 50% dan ke atas.

 

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  

has-been-access-x-times