Tarikh Kemaskini : 24 Mei 2017
Tarikh Kemaskini : 19 Mac 2020
Apa itu EKSA
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ia diterajui oleh
MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) dan ia
merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010.
Ianya bertujuan bagi meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat serta melahirkan idea
dan aktiviti yang kreatif dan berinovasi.
Pengenalan EKSA
EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam
dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan
kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.Langkah penjenamaan
semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan
prestasi kerja dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif
dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.
Tarikh Kemaskini : 24 Mei 2017
Dasar EKSA
“Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat.”
Tarikh Kemaskini : 24 Mei 2017
Objektif EKSA
i. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa
ii.Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan dikalangan warga JKWPKL&P
iii.Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
iv.Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif.
Tarikh Kemaskini : 24 Mei 2017