Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam
Pengenalan
Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam berperanan menjalankan segala aktiviti berkaitan perkembangan profesyen dan halatuju anggota-anggota di Bahagian Kesihatan Awam yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan.
Unit- Unit yang terlibat di bawah Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam adalah :-
i) Unit Perkembangan Kesihatan Awam
ii) Unit Kualiti Kesihatan Awam
iii) Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan (UIP)
iv) Unit Pengurusan Kesihatan Awam
• Pengurusan Sumber Manusia
- Menyelaras keperluan organisasi program Kesihatan Awam
- Mengemaskini pengkalan data sumber manusia Bahagian Kesihatan Awam
• Pembangunan Profesional
- Memantau pelaksanaan dasar dan aktiviti latihan yang dirancang di peringkat negeri dan daerah pada tahun semasa
- Memantau prestasi perbelanjaan latihan dalam perkhidmatan
• Pengurusan Kewangan Peringkat Bahagian Kesihatan Awam
- Memantau keperluan dan prestasi kewangan di Bahagian Kesihatan Awam
- Menyediakan cadangan pembahagian peruntukan tahunan dan semakan pertengahan tahun Bahagian Kesihatan Awam
• Pengurusan Aset Bahagian Kesihatan Awam
- Menyelaras dan memantau pengurusan aset di Bahagian Kesihatan Awam
• Pengurusan Kualiti Peringkat Bahagian Kesihatan Awam
- Menyelaras aktiviti program MS ISO 9001: 2015 Bahagian Kesihatan Awam
- Menyelaras Kajian QAP Bahagian Kesihatan Awam
- Menyelaras dan memantau pengurusan aduan Bahagian Kesihatan Awam
- Memantau dan menyelaras pencapaian NIA, KPI Kesihatan Awam dan KPI Pegawai Kesihatan Daerah
• Penguatkuasaan dan Perundangan Bahagian Kesihatan Awam
- Menjalankan dan memantau pencapaian aktiviti penguatkuasaan di bawah Undang-Undang Kesihatan Awam.
- Mengenalpasti keperluan pindaan dan penambahbaikan peraturan dan akta-akta Kesihatan Awam.
- Menerima kertas siasatan dari Pejabat Kesihatan dan merekod dalam buku daftar.
- Menyemak kertas siasatan yang diterima dan menghantar ke Jabatan Peguam Negara untuk urusan izin kompaun dan izin dakwa di mahkamah.
• Pengurusan permohonan kajian dan latihamal pelajar pusat pengajian
• Pengurusan Data dan Laporan
• Menyelaras pelaksanaan EKSA di Bahagian Kesihatan Awam
• Menyelaras Program KIK/Inovasi Bahagian Kesihatan Awam