Medical Division Medical Division

 

Bahagian Perubatan merupakan salah satu bahagian di bawah pentadbiran Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P). Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) dan mempunyai 62 orang penjawat awam.

 

Bahagian ini mempunyai lima (5) fungsi utama iaitu penyelarasan teknikal perkhidmatan rawatan perubatan dan pengawasan pengurusan hospital, penyelaras maklumat-maklumat kesihatan (statistik) klinik kesihatan, klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA), klinik komuniti (K1M), hospital kerajaan dan hospital swasta, penyelaras dan memantau “performance indicator” bagi JKWPKL&P, perlesenan dan penguatkuasaan Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan Hospital Swasta dan penyelaras pasukan perlindungan perubatan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Bahagian ini juga mempunyai dua (2) buah hospital di bawah pentadbirannya iaitu Hospital Putrajaya (HPJ) dan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). Hospital Putrajaya merupakan hospital pakar major yang mempunyai 470 katil manakala Hospital Rehabilitasi Cheras merupakan hospital bagi kepakaran pemulihan degan kapasiti katil sebanyak 166 buah. Terdapat sebanyak 17 buah klinik kesihatan, 29 buah klinik komuniti dan 18 klinik kesihatan ibu dan anak.

Unit-unit dibawah Bahagian Perubatan:

  1. Unit Pengurusan Hospital
  2. Unit Rekod Perubatan
  3. Unit Kualiti
  4. Unit Kawalan Amalan Perubatan (UKAPS)
  5. Unit Perlindungan Perubatan
  6. Unit Pengurusan Perubatan
 

TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERUBATAN) JKWPKL&P

o Dr. Shahrum Binti Ismail (Feb 2018 - Kini)

o Dr. Ghazi Bin Abd Manaf (Jun 2015 - Feb 2018)

o Dr. Murniati Binti Hassan (Jun 2010- Mei 2015)

o Dr. Supathiratheavy A/P Rasiah (2007-Mac 2010)

o Dr. Ng Thiew Kim (2005-2006)

o Dr. Hj. Za'aba Bin  Baba (2002-2004)

 

 

1.Unit Pengurusan Hospital

 

Unit Pengurusan Hospital bertangungjawab untuk memantau aktiviti-akttiviti bagi dua (2) buah hospital dibawah JKWPKL&P iaitu Hospital Putrajaya (HPJ) dan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

 

Fungsi Unit

  • Membuat Pemantauan di dua buah hospital iaitu Hospital Rehabilitasi Cheras dan Hospital Putrajaya
  • Penyelaras Pengurusan Aduan dan Kes Medico-legal
  • Penyelaras Perbincangan Doktor Siswazah Bersama Pengarah JKWPKL&P
  • Penyelaras Mesyuarat Pakar-Pakar  Bersama Pengarah/ TPKNP JKWPKL& P
  • Penyelaras Mesyuarat IPTA/IPTS Bersama Pengarah/TPKNP JKWPKL& P
  • Penyelaras Mesyuarat Teknikal Perubatan
  • Penyelaras Aktiviti Transplant Negeri WPKL&P
  • Penyelaras Mesyuarat Halatuju Program Perubatan
  • Penyelaras Majlis Khatan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kecemasan, bahagian pengurusan dan lain-lain bahagian di setiap hospital. Aktiviti ini melibatkan banyak proses pengeluaran, pengedaran surat dan laporan dari setiap aktiviti pemantauan.

2.Unit Rekod Perubatan

 

Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab sebagai penyelaras sistem pengurusan data dan maklumat di peringkat negeri. Penyelaras kes-kes medico legal dan permohonan laporan perubatan bagi semua klinik kesihatan, klinik komuniti (K1M) dan Klinik kesihatan ibu dan anak di bawah JKWPKL&P. Menyelaras koding penyakit dan prosedur yang dijalankan  berpandukan ICD10 dan ICD9. Memastikan proses pelupusan rekod pesakit sentiasa mengikuti garis panduan yang ditetapkan.

 

Fungsi utama

  • Menyelaras dan menguruskan maklumat-maklumat kesihatan (statistik) Hospital Putrajaya, Hospital Rehabiltasi Cheras,  Klinik-Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak  dan Perkhidmatan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta di WPKL & Putrajaya.
  • Menguruskan permohonan penubuhan Lembaga Perubatan bagi jabatan jabatan kerajaan dan badan berkanun di WPKL&P.
  • Memantau penyediaan laporan perubatan bagi Klinik-klinik Kesihatan dan hospital-hospital kerajaan bagi tempoh 14 dan 28 hari bekerja.
  • Mengurus di dalam program kemajuan sistem penyimpanan, pengeluaran dan pelupusan rekod-rekod perubatan pesakit di hospital dan klinik kesihatan serta polisi yang berkaitan dipatuhi.

 

3.Unit Kualiti

 

Unit Kualiti dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk menyelaraskan aktiviti kualiti peringkat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya JKWPKL&P.

 

Fungsi Unit

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan "Performance Indicator"
  • Menyelaras perlaksanaan aktiviti Quality Assurance Programme JKWPKL&P bagi Bahagian Kesihatan Awam, Pergigian, Farmasi dan Hospital
  • Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti peringkat JKWPKL&P
  • Membantu dalam menyelaraskan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan dan mencegah Healthcare Associated Infection (HCAI) dan Anti Microbial Resistant, serta menyampaikan maklumat terkini berkaitan Kawalan Infeksi dan Antibiotik.

 

4.Unit Kawalan Amalan Perubatan (UKAPS)

 

Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) ditubuhkan pada Mei 2003 di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) 1998 (Akta 586) dan Peraturan-peraturan 2006 telah dikuatkuasakan pada 1 Mei 2006 adalah rujukan utama yang digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti utama di unit ini. Tujuan utama proses pendaftaran lesen bagi semua perkhidmatan penjagaan swasta adalah untuk memastikan keselamatan ruang dan pesakit yang bakal mendapatkan rawatan di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dipatuhi. Pada hujung bulan Disember terdapat 31 buah hospital , 7 buah rumah/hospital bersalin, 26 buah pusat ambulatori, 5 buah rumah kejururawatan, 2 buah pusat darah, 1 buah pusat kesihatan mental, 35 buah pusat hemodialisis swasta, 1091 buah klinik perubatan swasta serta 321 buah klinik pergigian swasta. 

 

Fungsi unit 

 

  • Pemeriksaan untuk pembaharuan lessen Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) 
  • Pemeriksaan pra dan pasca pendaftaran klinik –klinik perubatan dan pergigian swasta 
  • Menyiasat dan laporkan hasil penyiasatan kes-kes aduan 
  • Penguatkuasaan 
  • Tugas-tugas lain-Membantu dalam pengumpulan pengkalan data bagi premis yang perlu dilesenkan, membantu dalam menjalankan latihan di peringkat negeri bagi anggota jabatan atau pihak swasta seperti BLS/ Kursus Infection Control dan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan Kematian Ibu/Kanak-kanak atau Stillbirth peringkat WPKL&P. 

 

5.Unit Perlindungan Perubatan

 

Unit  perlindungan perubatan menyelaraskan menyelaras dan memantau aktiviti liputan perlindungan perubatan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, tempatan dan aktiviti-aktiviti semasa yang melibatkan permohonan pasukan perlindungan perubatan di peringkat persekutuan wilayah persekutuan kuala lumpur & putrajaya serta negeri selangor.

 

Fungsi unit 

 

  • Menerima & menyelaraskan permohonan pasukan perlindungan perubatan yang melibatkan tetamu VVIP/VIP (seperti SPB YDP Agong/ SPB Raja Permaisuri Agong, YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri-Menteri Kabinet, Ketua Negara manakala di peringkat Negeri Selangor iaitu DYMM Sultan Selangor, YAB Menteri Besar) di Peringkat Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta Negeri Selangor.
  • Menyediakan anggaran bajet Jawatankuasa Perubatan dan Kesihatan dalam aktiviti/ program mengikut permintaan pihak penganjur.
  • Menghadiri setiap mesyuarat yang melibatkan pasukan perlindungan perubatan.
  • Menghadiri sesi lawatan tapak sekiranya perlu.
  • Membuat mesyuarat khas untuk Jawatankuasa Perubatan dan Kesihatan sekiranya perlu.
  • Menghantar pasukan perlindungan perubatan ke aktiviti/ program yang telah mendapat kelulusan.
  • Mengadakan mesyuarat Post-Mortem jika perlu.

 

6.Unit Pengurusan Perubatan

 

Unit Pengurusan Perubatan bertangungjawab bagi aktiviti – aktiviti yang melibatkan pengurusan sumber manusia dan kewangan bagi bahagian perubatan.

 

Fungsi Unit

 

  • Menguruskan urusan pendaftaran surat menyurat keluar & masuk
  • Menyediakan dokumen bagi urusan perkhidmatan anggota bahagian perubatan
  • Mengendalikan pengurusan pendaftaran, penyimpanan, pengedaran dan pelupusan rekod-rekod bagi bahagian perubatan
  • Menguruskan pengendalian mesyuarat yang melibatkan bahagian perubatan
  • Merancang, melaksana dan menilai keberkesanan latihan bagi anggota bahagian
  • Menguruskan penyediaan kenderaan bagi aktiviti-aktiviti bahagian
  • Menguruskan urusan kewangan dan perolehan yang melibatkan perkhidmatan dan bekalan untuk keperluan bahagian perubatan

 

Tarikh Kemaskini : 23 Mac 2017
has-been-access-x-times
has-been-access-x-times