Bahagian Kesihatan Awam Bahagian Kesihatan Awam

Kesihatan Awam

Bahagian Kesihatan Awam merupakan bahagian yang terbesar di bawah pentadbiran JKWPKL. Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat di semua peringkat melalui penjagaan kesihatan asas dan memberi fokus kepada Perkhidmatan Kesihatan Keluarga, Kawalan Penyakit, Kawalan Mutu Makanan dan Pendidikan serta Promosi Kesihatan.

 

Cawangan- cawangan di bawah Bahagian Kesihatan Awam

FUNGSI KESIHATAN AWAM

  1. Untuk membantu individu dan komuniti untuk mencapai dan mengekalkan tahap   kesihatan yang optima melalui penyediaan penjagaan kesihatan asas.
  2. Untuk menggalakan promosi kesihatan dan menjadi amalan di kalangan setiap individu dan masyarakat.
  3. Untuk menyediakan perkhidmatan pencegahan, promotif, kuratif dan penjagaan rehabilitatif secara intergrasi di semua peringkat perkhidmatan kesihatan.

 

PIAGAM BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

Bersatu tenaga dalam perkongsian pintar ke arah menwujudkan penduduk yang sihat sejahtera melalui;

  1. Promosi kesihatan yang berterusan.
  2. Pencegahan dan kawalan penyakit yang efektif.
  3. Penyediaan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang saksama, inovatif, prihatin, berkualiti dan mampu dinikmati.

Tarikh Kemaskini : 02 Mac 2017

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times