Tender and Quotation Archive Tender and Quotation Archive

 

TAWARAN SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAFETARIA DI HOSPITAL REHABILITASI CHERAS, JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
NO. SEBUTHARGA : 9/2012

BORANG TAWARAN SEBUTHARGA
Borang Tawaran Sebutharga boleh didapati secara PERCUMA di Unit Perolehan, Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya bermula dari 07 Mac 2012 sehingga 08 Mac 2012 (sebelum pukul 4.30 petang). Berikut merupakan keperluan yang harus dibawa semasa pengambilan borang tawaran sebutharga :-

-    Sijil Kementerian Kewangan & Sijil Akuan Bumiputera-jika ada (asal)
-    Salinan Sijil Kementerian Kewangan & Sijil Akuan Bumiputera-jika ada (yang telah disahkan)
-    Sijil Pendaftaran dengan JKWPKL & P (jika ada)
-    Cop Syarikat

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN
•    Salinan Sijil Kementerian Kewangan
•    Salinan Sijil Akuan Bumiputera –jika ada
•    Salinan Penyata Kewangan Bank (3 bulan terakhir)
•    Katalog / Dokumen Teknikal yang memenuhi spesifikasi perkhidmatan
•    Profil Syarikat

* Kegagalan mengemukakan dokumen/keperluan di atas akan menjejaskan permohonan .

TEMPAT DAN KAWASAN
Perkhidmatan ini adalah melibatkan kawasan di dalam Hospital Rehabilitasi Cheras .

TEMPOH KONTRAK
Tempoh 3 tahun adalah mulai 15 April 2012 sehingga 14 April 2015.

TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK
Taklimat serta lawatan tapak adalah wajib dihadiri oleh setiap syarikat yang mengambil dokumen sebutharga pada 08 Mac 2012 pada pukul 10.00 pagi bertempat di Bangunan Herritage, Hospital Rehabilitasi Cheras, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA
Tempoh sebutharga adalah selama tujuh (7) hari iaitu bermula dari tarikh taklimat serta lawatan tapak, 08 Mac 2012 sehingga 15 Mac 2012 (tepat jam 12:00 tengahari) dan dihantar di Unit Perolehan, Aras 2, Blok B, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cenderasari 50590 Kuala Lumpur. (Peti No.3). Permohonan lewat akibat pos tidak akan dipertimbangkan.

KOD BIDANG YANG BERKAITAN
080501- Makanan Bermasak Islam & 220203 – Ruang Niaga/Pejabat

Disediakan oleh
UNIT PEROLEHAN
JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  4  5  

has-been-access-x-times