Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam

Pengenalan

Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam berperanan menjalankan segala aktiviti berkaitan perkembangan profesyen dan halatuju anggota-anggota di Bahagian Kesihatan Awam yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan. 

Unit- Unit yang terlibat di bawah Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam adalah :-

i) Unit Perkembangan Kesihatan Awam

ii) Unit Kualiti Kesihatan Awam

iii) Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan (UIP)

iv) Unit Pengurusan Kesihatan Awam

•    Pengurusan Sumber Manusia
-    Menyelaras keperluan organisasi program Kesihatan Awam
-    Mengemaskini pengkalan data sumber manusia Bahagian Kesihatan Awam

•    Pembangunan Profesional
-    Memantau pelaksanaan dasar dan aktiviti latihan yang dirancang di peringkat negeri dan daerah pada tahun semasa
-    Memantau prestasi perbelanjaan latihan dalam perkhidmatan

•    Pengurusan Kewangan Peringkat Bahagian Kesihatan Awam
-    Memantau keperluan dan prestasi kewangan di Bahagian Kesihatan Awam
-    Menyediakan cadangan pembahagian peruntukan tahunan dan semakan pertengahan tahun Bahagian Kesihatan Awam

•    Pengurusan Aset Bahagian Kesihatan Awam
-    Menyelaras dan memantau pengurusan aset di Bahagian Kesihatan Awam

•    Pengurusan Kualiti Peringkat Bahagian Kesihatan Awam
-    Menyelaras aktiviti program MS ISO 9001: 2015 Bahagian Kesihatan Awam
-    Menyelaras Kajian QAP Bahagian Kesihatan Awam
-    Menyelaras dan memantau pengurusan aduan Bahagian Kesihatan Awam
-    Memantau dan menyelaras pencapaian NIA, KPI Kesihatan Awam dan KPI Pegawai Kesihatan Daerah

•    Penguatkuasaan dan Perundangan Bahagian Kesihatan Awam
-    Menjalankan dan memantau pencapaian aktiviti penguatkuasaan di bawah Undang-Undang Kesihatan Awam.
-    Mengenalpasti keperluan pindaan dan penambahbaikan peraturan dan akta-akta Kesihatan Awam.
-    Menerima kertas siasatan dari Pejabat Kesihatan dan merekod dalam buku daftar.
-    Menyemak kertas siasatan yang diterima dan menghantar ke Jabatan Peguam Negara untuk urusan izin kompaun dan izin dakwa di mahkamah.

•    Pengurusan permohonan kajian dan latihamal pelajar pusat pengajian

•    Pengurusan Data dan Laporan

•    Menyelaras pelaksanaan EKSA di Bahagian Kesihatan Awam

•    Menyelaras Program KIK/Inovasi Bahagian Kesihatan Awam

Carta Organisasi
has-been-access-x-times
has-been-access-x-times