Cawangan Pengurusan Farmasi Cawangan Pengurusan Farmasi

Cawangan ini bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan pentadbiran dari segi pembangunan, sumber manusia, kewangan, perkhidmatan sokongan dan pengurusan latihan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berkualiti. Terdapat pelbagai usaha yang talah dijalankan di Cawangan Pengurusan Farmasi bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi perlaksanaan sistem kerja antaranya menyediakan fail meja, pengurusan fail dan surat menyurat, memantau perbelanjaan kewangan serta perlaksanaan latihan-latihan yang dapat meningkatkan kecekapan dan pengetahuan anggota farmasi.

Unit –unit  di bawah Cawangan Pengurusan  Farmasi adalah :

  1. Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan Farmasi
  2. Unit Pembangunan Farmasi
  3. Unit Kualiti dan Latihan Farmasi

Fungsi Sub Unit Pengurusan Farmasi

 

  1. Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan Farmasi
    • Merancang dan mengurus Pentadbiran Kewangan dan Perkhidmatan  anggota farmasi di ibupejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKWPKL & Putrajaya bagi menyokong perlaksanaan strategi dan program-program farmasi .
    • Memastikan perancangan, pembangunan fizikal  dan pengagihan sumber-sumber utama termasuk kewangan bagi pelaksanaan strategi, program dan aktiviti farmasi  dapat dilaksanakan dengan berkesan.
    • Memastikan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan aset, logistik termasuk ubat dan bukan ubat serta peralatan dapat diurus sebaiknya selaras dengan objektif farmasi.

  2. Unit Pembangunan Farmasi
    • Merancang projek pembangunan seperti projek-projek menaiktaraf dan baru bagi hospital dan klinik kesihatan  Farmasi JKWPKL
    • Memantau  projek  bagi memastikan perlaksanaan mengikut jadual serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

  3. Unit Kualiti dan Latihan Farmasi
    • Merancang aktiviti –aktiviti  berkaitan kualiti  yang ada  di setiap cawangan Farmasi  JKWPKL & Putrajaya
    • Memantau  perlaksanaaan aktivititi berdasarkan Petunjuk  Prestasi  Utama (KPI), ISO,5S dan QAP.
    • Memantau prestasi pencapaian Perkhidmatan Farmasi dan mengambil tindakan penambahbaikan serta mengesyorkan tindakan pencegahan .
    • Merancang, mengurus serta menyemak keperluan peruntukan dan perbelanjaan bagi program latihan farmasi .
    • Merancang  dan memantau kemajuan dan perlaksanaan latihan anggota Farmasi

Tarikh Kemaskini : 23 Mac 2017

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times