Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Cawangan Penguatkuasaan Farmasi

Cawangan ini berfungsi memantau dan memastikan tiada pelanggaran undang-undang melibatkan ubat-ubatan, produk farmaseutikal, kosmetik dan iklan ubat/perkhidmatan perubatan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

Untuk mengurangkan permintaan yang tinggi terhadap ubat-ubatan tidak berdaftar, strategi yang dilaksanakan ialah melalui perlindungan/pendidikan pengguna. Satu langkah yang dijalankan ialah Kempen Kenali Ubat Anda.

Di samping aktiviti perlindungan pengguna, fokus cawangan ini ditumpukan kepada pembanterasan lambakan produk-produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar atau dicemari racun berjadual yang membahayakan pengguna. Cawangan ini menjalankan 5 aktiviti utama iaitu:

  1. Pelesenan
  2. Perisikan & Operasi
  3. Perundangan Farmasi
  4. Kawalan Iklan
  5. Kawalan Farmaseutikal & Perlindungan Pengguna

Fungsi Sub Unit Penguatkuasaan Farmasi


1. Seksyen Pelesenan
Di bawah seksyen ini terdapat 3 unit:

  • Bertanggungjawab memproses Lesen Racun Jenis A/B/E, Permit NaOH dan Permit Methadone di bawah Akta Racun 1952.
  • Bertanggungjawab ke atas aktiviti pemeriksaan untuk premis-premis yang berlesen dengan CPFKL&P dan juga premis-premis berdaftar seperti hospital swasta, klinik perubatan dan klinik pergigian.
  • Pemeriksaan premis dijalankan bagi tujuan pengeluaran lesen racun ke atas premis farmasi dan premis yang mengendalikan bahan kimia terkawal bagi tujuan kegunaan industri. Ia dijalankan bagi memastikan kepatuhan setiap pemegang lesen terhadap syarat-syarat lesen racun di bawah Akta Racun 1952.
  • Pemeriksaan dijalankan ke atas premis berdaftar iaitu klinik-klinik dan hospital swasta bagi memastikan pengendalian racun dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang dan tiada penjualan atau pembekalan racun berjadual oleh individu yang tidak berkelayakan.

2. Seksyen Perisikan & Operasi
Di bawah seksyen ini terdapat 3 unit:

  • Unit Perisikan dan Unit Aduan Farmaseutikal CPFKL&P bertanggungjawab menyiasat dan mengesahkan setiap aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai. Pengesahan aduan dibuat bagi memastikan individu atau organisasi sasaran, masa, lokasi, corak aktiviti (modus operandi) sasaran adalah tepat dan sesuai untuk operasi serbuan. Jika pada peringkat pengesahan aduan, maklumat untuk tindakan serbuan belum lengkap, kes tersebut akan diteruskan dengan risikan lanjut secara surveillance atau risikan strategik.
  • Unit Operasi CPFKL bertanggungjawab ke atas aktiviti serbuan. Serbuan dilakukan ke atas semua premis perniagaan termasuklah premis ubat tradisional, kedai ubat,  salun kecantikan, kedai barang-barang hardware, farmasi retail, klinik perubatan serta rumah kediaman yang didapati menjalankan penjualan ubat-ubat tidak berdaftar, penjualan produk mengandungi racun oleh individu yang tidak dilesenkan serta produk kosmetik tidak bernotifikasi. Kebanyakan rampasan ialah produk-produk tidak berdaftar terutamanya ubat-ubat peransag seks yang mengandungi Sildenafil dan Tadalafil dan juga produk pelansing badan.

3. Seksyen Perundangan
Di bawah seksyen ini terdapat 3 unit:

  • Unit siasatan, unit ini mengkoordinasi, menjalankan dan memantau aktiviti siasatan dan konsultasi bagi aktiviti siasatan.
    • Penyiasatan adalah satu proses mengumpulkan maklumat-maklumat berkaitan kesalahan yang dilakukan oleh orang kena tuduh (OKT) sehingga ke peringkat pendakwaan. Ia melibatkan pengumpulan maklumat yang relevan daripada agensi lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Perubatan Malaysia, Telekom Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan lain-lain agensi yang berkaitan.
  • Unit pendakwaan bertanggungjawab mengkoordinasi, menjalankan, memantau aktiviti pendakwaan dan juga memberi konsultasi bagi aktiviti pendakwaan termasuk berkaitan pemakaian undang-undang yang dikuatkuasakan.
    • Pendakwaan di mahkamah akan dijalankan setelah hasil daripada penyiasatan yang menyeluruh terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan. Pegawai farmasi yang dilantik menjadi pegawai pendakwa bertanggungjawab membawa kes ke mahkamah bagi membuktikan kes ke atas orang yang didakwa.
  • Unit pengendalian bertanggungjawab untuk mengkoordinasi, menjalankan, memantau aktiviti pengendalian eksihibit dan menguruskan aktiviti stor ekshibit mengikut garispanduan yang ditetapkan
    • Setiap ekshibit yang dirampas dikendalikan dan disimpan dengan baik. Ekshibit tersebut dibungkus dan dilabel dan disimpan di stor ekhibit. Semua pergerakkan ekshibit di stor ekshibit direkodkan. Ini adalah untuk memastikan rantaian keterangan terjaga.

4. Seksyen Kawalan Iklan
Di bawah seksyen ini terdapat 3 unit:

  • Unit Koordinasi Saringan iklan Ubat bertanggungjawab dalam menyelaras penyiasatan kes iklan yang melanggar Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956
  • Unit Seranta Iklan Ubat bertanggungjawab dalam menyelaras saringan dan pemantauan iklan di media dan saringan iklan di premis pemeriksaan.
  • Unit Perkembangan Penguatkuasa Farmasi menjalankan penyelarasan dan penganalisaan data infomatik penguatkuasaan farmasi, mengkoordinasi aktiviti R&D dan inovasi penguatkuasaan farmasi  dan menjalankan pemantauan terhadap kawalan sumber penguatkuasa farmasi (kewangan, perjawatan dan latihan)

     

5. Seksyen Kawalan Farmaseutikal dan Perlindungan Pengguna
Di bawah seksyen ini terdapat 4 unit:

  • Unit Perlindungan Pengguna; Secara umumnya, objektif Unit Perlindungan Pengguna adalah untuk mengurangkan penjualan produk tidak berdaftar dan produk tidak bernotifikasi. Dalam usaha itu, pelbagai aktiviti seperti aktiviti pameran, ceramah dan dialog bersama-sama pembekal produk-produk kesihatan diadakan untuk meningkatkan tahap pengetahuan pengeluar produk kesihatan tentang keperluan pendaftaran produk sekaligus memastikan produk di pasaran adalah selamat, berkualiti dan berkesan untuk digunakan.
  • Unit Forensik Farmaseutikal bertanggungjawab ke atas surveillans produk dengan menghantar sampel yang disyaki bermasalah untuk dibuat analisis
  • Unit Farmaseutikal Siber berperanan mengawal selia informasi berbentuk elektronik untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat, betul dan benar.
  • Unit Pemeriksaan Tidak Berlesen bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti pemeriksaan untuk memastikan produk yang dijual di pasaran adalah selamat untuk digunakan.

Tarikh Kemaskini : 17 Mac 2017

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times