Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi

Amalan dan Perkembangan Farmasi menyediakan perkhidmatan farmasi di Hospital Putrajaya dan 14 Klinik Kesihatan yang efisien dan komprehensif, memberi fokus dalam mengoptimakan terapi penjagaan farmaseutikal yang berkualiti dan kos-efektif melalui perkhidmatan farmasi klinikal yang professional dan terkini.

Semua kaunter farmasi hospital dan klinik menyediakan perkhidmatan kaunter terbuka dengan jaminan perkhidmatan yang cepat, tepat dan mesra pelanggan dengan tempoh menunggu kurang 30 minit. Perkhidmatan Farmasi di semua klinik dibuka pada waktu rehat tengah hari dan sebahagiannya dilanjutkan sehingga 10.00 malam dan termasuk di hujung minggu.

Pesakit boleh mendapatkan ubat-ubatan lebih mudah dengan adanya perkhidmatan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB), Park and Go, Pharmacy SMS, TAKE N GO dan Ubat Melalui Pos 1Malaysia yang disediakan di Hospital Putrajaya dan beberapa Klinik Kesihatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dengan perkhidmatan pilihan yang disediakan, pesakit boleh mendapat bekalan ubat susulan tanpa perlu menunggu atau datang hospital atau klinik lagi.

Perkhidmatan Penjagaan Farmaseutikal yang disediakan:

  1. Hospital Putrajaya:
    • Perkhidmatan Pendispensan Ubat-ubat
    • Perkhidmatan Farmasi Ambulatori
    • Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubat
    • Perkhidmatan Farmasi Wad
    • Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal
    • Perkhidmatan IV Admikstur dan Sokongan Nutrisi
    • Perkhidmatan Farmasi Nuklear
    • Perkhidmatan Onkologi
    • Perkhidmatan Farmasi 24 jam
    • Perkhidmatan Penjagaan Farmaseutikal yang disediakan di Hospital
  2. Klinik-klinik Kesihatan:
    • Perkhidmatan Pendispensan Ubat-ubat
    • Perkhidmatan Farmasi Ambulatori
    • Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubat
  3. Perkhidmatan pilihan:
    • Sistem pendespensan ubat bersepadu
    • Farmasi SMS, Take n Go
    • Ubat melalui Pos Malaysia
    • Farmasi Park n Go
  •  Mengumpul & Menyediakan Laporan statistik QAP, PF, SPUB, Data Bilangan Pesakit, Jumlah Penerimaan Preskripsi, Jumlah Perbelanjaan Dan Kos Ubat /Bukan Ubat.
  • Mengedarkan Semua Garispanduan, Arahan, Polisi Dan Surat Pekeliling Berkaitan Amalan Farmasi Yang Diterima Daripada JKWP Kuala Lumpur & Putrajaya Dan Kementerian Kesihatan Malaysia Kepada Pihak Yang Terlibat.
  • Membantu Unit Latihan dan Kualiti Farmasi Dalam Mengkoordinasi Kursus/Latihan Anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKWP dan KKM.
  • Membuat Lawatan Penyeliaan Ke Farmasi di Klinik dan Hospital JKWP Kuala Lumpur & Putrajaya.
  • Persediaan Mesyuarat Jawatankuasa Ubat-ubatan Negeri.
Tarikh Kemaskini : 17 Mac 2017
has-been-access-x-times
has-been-access-x-times