Bahagian Perubatan Bahagian Perubatan

Bahagian Perubatan merupakan salah satu bahagian di bawah pentadbiran Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P). Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan 36 penjawat awam. Bahagian ini mempunyai tiga fungsi utama iaitu penyelarasan teknikal perkhidmatan rawatan perubatan dan pengawasan pengurusan hospital, penyelaras pasukan perlindungan perubatan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta perlesenan dan penguatkuasaan perkhidmatan kesihatan dan perubatan hospital swasta. Bahagian ini juga mempunyai sebuah hospital dibawah pentadbirannya iaitu Hospital Putrajaya (HPJ). Hospital Putrajaya merupakan hospital berpakar yang mempunyai bilangan katil sebanyak 278 buah. Selain daripada Hospital kerajaan terdapat juga 44 buah hospital dan rumah bersalin swasta dan 1078 buah klinik perubatan swasta yang memberikan perkhidmatan kepada penduduk di WPKL
dan Putrajaya.
 

Unit-unit dibawah Bahagian Perubatan:

  1. Unit Pengurusan Hospital
  2. Unit Rekod Perubatan
  3. Unit Kualiti
  4. Unit Kawalan Amalan Perubatan (UKAPS)
  5. Unit Perlindungan Perubatan
  6. Unit Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan
 

TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERUBATAN) JKWPKL&P

o Dr. Ghazi Bin Abd Manaf (Jun 2015 - Kini)

o Dr. Murniati Binti Hassan (Jun 2010- Mei 2015)

o Dr. Supathiratheavy A/P Rasiah (2007-Mac 2010)

o Dr. Ng Thiew Kim (2005-2006)

o Dr. Hj. Za'aba Bin  Baba (2002-2004)

 

  • UKAPS
    • Menguruskan permohonan pendaftaran klinik perubatan swasta
    • Memantau klinik perubatan swasta (pasca pendaftaran klinik sedia ada)
    • Pengendalian aduan terhadap kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
    • Menjalankan serbuan ke atas premis untuk tujuan penguatkuasaan
    • Pembaharuan lessen kemudahan jagaan kesihatan swasta
    • Membuka kertas siasatan
  • UNIT PENGURUSAN HOSPITAL
    • Menjalankan pemantauan/ penyeliaan aktiviti perkhidmatan perubatan
    • Menyelaras keperluan peruntukan dan perjawatan HPJ dan HRC
    • Memantau tindakan terhadap aduan yang diterima
    • Merancang dan menguruskan operasi hospital baru
  • UNIT KUALITI
    • Menyelaras dan memantau pelaksanaan "Performance Indicator"
    • Menyelaras perlaksanaan aktiviti Quality Assurance Programme JKWPKL&P bagi Bahagian Kesihatan Awam, Pergigian, Farmasi dan Hospital
    • Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti
  • UNIT PERLINDUNGAN PERUBATAN
    • Menyelaras dan memantau aktiviti liputan perlindungan perubatan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, tempatan dan aktiviti-aktiviti semasa
  • UNIT REKOD PERUBATAN
    • Menyelaras dan menguruskan maklumat-maklumat kesihatan dan dibekalkan melalui Hospital Putrajaya/ Pejabat Kesihatan Putrajaya dan Perkhidmatan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta
    • Menguruskan permohonan penubuhan Lembaga Perubatan ke atas pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain kakitangan
    • Memantau penyediaan laporan perubatan bagi hospital bagi tempoh 4 minggu
  • UNIT PENGURUSAN PERUBATAN
    • a)    Pentadbiran
      • Menguruskan urusan pendaftaran surat menyurat keluar & masuk
      • Menyediakan dokumen bagi urusan perkhidmatan anggota bahagian perubatan
      • Mengendalikan pengurusan pendaftaran, penyimpanan, pengedaran dan pelupusan rekod-rekod bagi bahagian perubatan
      • Menguruskan pengendalian mesyuarat yang melibatkan bahagian perubatan
      • Merancang, melaksana dan menilai keberkesanan latihan bagi anggota bahagian
      • Menguruskan penyediaan kenderaan bagi aktiviti-aktiviti bahagian
    • b)    Kewangan
      • Menguruskan urusan kewangan dan perolehan yang melibatkan perkhidmatan dan bekalan untuk keperluan bahagian perubatan
has-been-access-x-times
has-been-access-x-times