Bahagian Pergigian Bahagian Pergigian

Perkhidmatan Pergigian Kerajaan Kuala Lumpur telah wujud sejak tahun 1929 lagi. Selepas kemerdekaan, perkhidmatan tersebut ditadbir pula oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Pada tahun 1974 pula Wilayah Persekutuan ditubuhkan dan Perkhidmatan Pergigian ini dipindah dibawah pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai Jabatan Perkhidmatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam tahun 1978.

Pada 1 Januari 2001, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula ditubuhkan dan Jabatan Perkhidmatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi berpindah pentadbirannya. Panggilan baru bagi perkhidmatan ini ialah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) yang beribu pejabat ditingkat 2 Bangunan Cahaya Suria. Tanggal 16 Mac 2006, pejabat pentadbiran berpindah ke Kompleks Kesihatan Wilayah Persekutuan Jalan Cenderasari.

Pejabat Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat tanggungjawab perkhidmatan pergigian seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang terdiri dari lima Pejabat Kesihatan Pergigian (PKP) iaitu:
1.PKP Lembah Pantai
2.PKP Kepong
3.PKP Cheras
4.PKP Titiwangsa
5.PKP Putrajaya

Visi
Memastikan penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menikmati perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang terbaik di negara ini.
 
Misi
Untuk memberi perkhidmatan pergigian yang optima kepada individu, keluarga dan masyarakat melalui penggalakkan kesihatan yang positif dan perkhidmatan yang berkualiti dan berteknologi sesuai.
 
Dasar Kualiti Bahagian
Kami komited dalam memberi perkhidmatan pergigian yang professional dan berkualiti bagi memenuhi keperluan serta kepuasan pelanggan secara berterusan.

 

Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian rakyat Malaysia melalui perkhidmatan pergigian penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan. Keutamaan diberikan kepada kumpulan yang kurang bernasib baik. Dengan ini seseorang individu itu dapat mencapai dan mengekal taraf kesihatan bagi membolehkannya hidup sihat, menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.

 

Piagam Pelanggan

Kewajipan anggota Pergigian kepada Pelanggan.

Kami akan berusaha memastikan:

  • Pelanggan akan dilayan dengan mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas;
  • Perkhidmatan pergigian yang diberi adalah bersesuaian, wajar, cekap dan profesional;
  • 75% pelanggan akan diperiksa dalam masa 30 minit;
  • Setiap pelanggan akan diberitahu jenis dan caj rawatan yang dikenakan;
  • Setiap pelanggan akan diberi penjelasan mengenai aspek-aspek penting rawatan yang diberi dan penerangan mengenai pencegahan penyakit pergigian; dan
  • maklumat pergigian dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang.

Pelanggan perlu:

  • Membawa dokumen seperti berikut:
    • Kad pengenalan/ sijil kelahiran/ pasport(bagi pesakit baru)
    • Surat majikan/ Surat Pengesahan diri (bagi pesakit tanggungan majikan)
    • Kad temujanji
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan (contoh-surat rujukan)
  • Memberi maklumat yang tepat dan lengkap semasa pendaftaran;
  • Memaklumkan masalah perubatan dan pergigian yang pernah dan sedang dihadapi;
  • Menepati temujanji dan memaklumkan kepada pihak klinik pergigian sekiranya gagal menepatinya;
  • Memberi kerjasama semasa rawatan dijalankan;
  • Menjaga kesihatan pergigian seperti yang telah dinasihatkan;
  • Menjelaskan bayaran sekiranya dikenakan dan dapatkan resit selepas pembayaran; dan
  • Memberi komen atau cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan sekiranya ada.

Tarikh Kemaskini : 05 Mei 2017

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times