Bahagian Farmasi Bahagian Farmasi

Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) JKWPKL&P bertanggungjawab ke atas pengurusan, perancangan dan pembangunan perkhidmatan farmasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini meliputi tiga aktiviti utama iaitu:

 

Tiga aktiviti utama perkhidmatan farmasi:

  1. Cawangan Pengurusan Farmasi
  2. Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi
  3. Cawangan Penguatkuasaan Farmasi

Piagam Pelanggan

i. Pelanggan akan mula menerima perkhidmatan di Klinik Kesihatan Farmasi dalam masa 30minit selepas pendaftaran atau kad diimbas.

ii.Pengeluaran lesen/permit  baru  (racun jenis A,B,E, Permit NaOH dan Permit Psikotropik) yang dikeluarkan di bawah Akta Racun 1952 dalam tempoh 10 hari bekerja.

  • Merancang dan menyelaras keperluan modal insan yang optima, termasuk latihan disamping membelanjakan peruntukan secara berhemah.
  • Mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal yang mesra dan berhemah kepada pesakit melalui perkhidmatan yang terbaik dan profesional.
  • Memastikan pengilangan, pengimportan, penjualan, pembekalan, pengendalian dan penggunaan ubat-ubatan, sediaan-sediaan farmaseutikal dan produk-produk kesihatan adalah berkualiti, selamat dan berkesan mengikut Undang-Undang Farmasi yang dikuatkuasakan oleh Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu :
    • Akta Racun 1952 (Disemak 1989) dan peraturannya
    • Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak) 1989 dan peraturannya
    • Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 (Disemak 1983)
    • Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1952 (Disemak 1989) dan peraturannya
    • Akta Dadah Berbahaya 1952 (Disemak 1980) dan peraturannya

Tarikh Kemaskini : 06 September 2017

has-been-access-x-times
has-been-access-x-times