Arkib Tender dan Sebutharga Arkib Tender dan Sebutharga

TAWARAN SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA)  DI HOSPITAL REHABILITASI CHERAS
JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
NO. SEBUTHARGA : 7/2012

BORANG TAWARAN SEBUTHARGA
Borang Tawaran Sebutharga boleh didapati secara PERCUMA di Unit Perolehan, Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya bermula dari 27 Februari 2012 sehingga 28 Februari 2012 (sebelum pukul 5.00 petang). Berikut merupakan keperluan yang harus dibawa semasa pengambilan borang tawaran sebutharga :-

•    Sijil Kementerian Kewangan , Sijil Akuan Bumiputera (asal) –jika ada & Lesen KDN yang masih sah atau sedang diperbaharui dalam tempoh sah sebutharga
•    Salinan Sijil Kementerian Kewangan , Sijil Akuan Bumiputera- jika ada &  Lesen KDN yang masih sah atau sedang diperbaharui dalam tempoh sah sebutharga (yang telah disahkan)
•    Sijil Pendaftaran dengan JKWPKL & P (jika ada)
•    Cop Syarikat

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN
•    Salinan Sijil Kementerian Kewangan
•    Salinan Sijil Akuan Bumiputera (jika ada)
•    Salinan Lesen KDN yang masih sah atau sedang diperbaharui dalam tempoh sah sebutharga
•    Salinan Penyata Kewangan Bank (3 bulan terakhir)
•    Katalog / Dokumen Teknikal yang memenuhi spesifikasi perkhidmatan
•    Profil Syarikat

* Kegagalan mengemukakan dokumen/keperluan di atas akan menjejaskan permohonan .

TEMPOH KONTRAK
Tempoh enam (6) bulan  mulai 01 April 2012 sehingga 30 September 2012.

TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK
Taklimat serta lawatan tapak adalah wajib dihadiri oleh setiap syarikat yang mengambil dokumen sebutharga pada 28 Februari 2012 (Selasa) pada pukul 2.30 petang bertempat di Hospital Rehabilitasi Cheras, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur diikuti dengan lawatan tapak.

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA
Tempoh sebutharga adalah selama tujuh (7) hari iaitu bermula dari bermula dari tarikh taklimat serta lawatan tapak, 28 Februari 2012 sehingga 06 Mac 2012 (tepat jam 12:00 tengahari) dan dihantar di Unit Perolehan, Aras 2, Blok B, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur. (Peti No. 1). Permohonan lewat akibat pos tidak akan dipertimbangkan.

KOD BIDANG YANG BERKAITAN
220302 SERTA LESEN KEMENTERIAN DALAM NEGERI YANG MASIH SAH.

Disediakan oleh
UNIT PEROLEHAN
JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA. 

has-been-access-x-times
Pages: 1  2  3  4  5  

has-been-access-x-times